Categories
NASIONAL

Surendran : BN gagal tunai janji, Hindraf khianati kaum India

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 10 FEB: Kegagalan Barisan Nasional (BN) menunaikan janji sudah lama diketahui Pakatan Rakyat (PR) selaku pesaing politik utama mereka.

Tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy yang akan meletakkan semua jawatan dalam kerajaan dan Dewan Negara bukan satu yang mengejutkan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran, berkata Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) sudah lama mengkhianati kaum India sehingga bersekongkol bersama BN dan menerima jawatan dalam kerajaan.

surendran“Sehingga kini BN masih gagal membantu dan meningkatkan taraf hidup masyarakat India. Memang kenyataan Hindraf dan Waytha yang BN tidak menuhi janji memang sudah lama kita dah tahu.

“Daripada awal kita tahu bahawa kenyataan Hindraf bahawa BN akan menyelesaikan masalah kaum India adalah tidak benar dan satu penipuan oleh Najib dan parti itu demi memancing undi masyarakat India.

“Waytha dan Hindraf masuk BN adalah satu pengkhianatan kepada masyarakat India. Ia dibuat hanya untuk mendapatkan keuntungan politik Hindraf,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Memetik laporan media, alasan pengunduran Waytha disebabkan BN gagal memenuhi janji dalam memorandum persefahaman antara kedua belah pihak yang ditandatangani sebelum pilihan raya umum lalu.

Katanya, walaupun Hindraf berjuang untuk kaum India tetapi mereka sebenarnya adalah parti politik yang cuba mendapatkan keuntungan untuk diri sendiri.

P WaythaSurendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai berkata, pengunduran Waytha daripada kerajaan tidak membawa sebarang perubahan kepada kaum India dan politik Malaysia.

“Tidak membawa sebarang kesan kepada politik Malaysia. Selepas ini masyarakat India tidak akan memberikan sokongan kepada Hindraf yang masuk BN sehingga menerima jawatan Timbalan Menteri.

“Ini adalah cubaan terdesak Hindraf dan Waytha untuk mendapatkan sokongan masyarakat India. Kita yakin ini tidak akan berlaku,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.