Categories
NASIONAL

Tan Sri Muhammad Ali: BR1M tak selesai masalah inflasi, kos sara tinggi

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 24 FEB: Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan bantuan subsidi lain yang disalurkan Kerajaan Pusat tidak mampu menyelesaikan masalah kenaikan kos sara hidup rakyat negara ini.

Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim, berkata Kerajaan Pusat sepatutnya menyediakan strategi jangka panjang bagi meningkatkan pendapatan rakyat hingga membolehkan kesan kenaikan kos sara dan kadar inflasi semakin tinggi kini kurang memberi kesan kepada orang ramai.

DSC_4047“Bagi BR1M hari ini tetapi esok dah habis. Kita kena tumpukan bagaimana meningkatkan pendapatan rakyat secara kekal.

“Infasi ini bukan fenomena sementara tetapi akan kekal, jadi tidak cukup dengan memberi subsidi atau BR1M, tak cukup,”
kata Muhammad Ali.

Beliau berkata demikian dalam program Wacana Sinar Harian yang membincangkan tajuk ‘Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran’ di Auditorium Karangkraf di sini, hari ini.

Kata tokoh korporat Melayu terkenal itu lagi, Kerajaan Pusat juga tidak boleh membiarkan kekayaan negara tidak dimonopoli sesetengah pihak tertentu sahaja yang menyebabkan kekayaan dibolot segelintir individu tertentu.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan dasar liberalisasi yang sekaligus membuka peluang lebih lebar untuk golongan kapitalis mengaut kekayaan, sementara golongan lain masih terkapai-kapai ditekan dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Wacana Sinar Harian siri ke 26 itu yang turut membariskan Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Azri Zainul Abidin dan Ketua Pengarah Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan itu dikendalikan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik sebagai moderator.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.