Categories
NASIONAL

14 tahun Belanjawan Desifit, BN gagal urus kewangan

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 29 MAC: Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memohon perbelanjaan tambahan RM2.392 bilion (RM2,392,077,572) bagi 2013 didapati tidak telus dan mencerminkan kegagalan mengurus dengan baik.

Pengarah Eksekutif Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata hal itu dapat dilihat apabila RUU Perbekalan Tambahan berkenaan dibentangkan tanpa butiran terperinci perbelanjaan diperuntukkan.

“Memang ketika membentangkan, mereka ada beritahu untuk kementerian apa atau jabatan mana tetapi tiada perincian butiran dibelanjakan untuk membayar apa.

azrul_bimb“Ini berbeza dengan Kerajaan Selangor yang telus bila membentangkan RUU Perbekalan Tambahan bersama maklumat lengkap dan menyeluruh dibelanjakan untuk apa.

“Langkah Kerajaan Selangor membentangkan belanjawan berimbang uga menjadikan belanjawan tambahan yang dibuat tidak memberi kesan jika ia dibuat,” kata Azrul ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.

Katanya, belanjawan tambahan Kerajaan Selangor juga dibuat selepas mendapati terdapat keperluan dan pertambahan pendapatan yang diperoleh berbanding unjuran yang dibuat sebelumnya.

“Salah satu indikator menunjukkan adanya pertambahan pendapatan Kerajaan Selangor dengan melihat pertambahan rizab negeri tetapi ini bukan satu-satunya indikator,” katanya .

thumbnails Kartun RakyatAzrul berkata, perbekalan tambahan yang dimohon Kerajaan Pusat juga semakin membimbangkan rakyat apabila belanjawan tahunan yang dibentangkan sebelumnya adalah belanjawan defisit, sejak 14 tahun berturut-turut.

“Setiap tahun Kerajaan Pusat adakan perbekalan tambahan sampai dua kali. Bukan sedikit tetapi berbilion ringgit dan ini membimbangkan serta boleh menggagalkan sasaran belanjawan defisit sebelumnya apabila berlaku pertambahan perbelanjaan melainkan kalau ada pertambahan pendapatan berbanding unjuran yang dibuat sebelumnya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.