Categories
NASIONAL

Karpal letak jawatan Pengerusi DAP sementara tunggu rayuan kes

SHAH ALAM, 29 MAC: Pengerusi DAP, Karpal Singh meletakkan jawatan berkenaan berikutan sabitannya di bawah Akta Hasutan.

Memetik Malaysia Kini, beliau berkata, Timbalannya, Tan Kok Wai akan mengambil alih jawatan terbabit

Karpal berkata, beliau melepaskan jawatannya itu sementara menunggu rayuannya yang difailkan di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya.

54a7108b5a8128dc7229712387163fedBuat sementara waktu, katanya, Kok Wai akan bertindak sebagai pengerusi.

Katanya, beliau tidak akan memohon pengecualian daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membolehkannya mengekalkan jawatanekoran sabitan terhadapnya.

Hal itu adalah yang terbaru dalam siri cabaran yang dilihat sebagai bermotifkan politik yang dihadapi parti itu sejak terpaksa mengadakan pemilihan semula jawatankuasa kerja pusatnya atas arahan ROS.

Pada bulan Januari, DAP akhirnya mengambil keputusan untuk menyaman ROS berhubung dakwaan penganiayaan yang berterusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.