Categories
NASIONAL

Anwar yakin kes mahkamah tidak jejas PRK Kajang

PUTRAJAYA, 7 MAC: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau yakin rayuan kes liwat yang sedang berlangsung tidak menjejaskan peluangnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Bercakap kepada media di luar bilik mahkamah, di Istana Kehakiman di sini, tengah hari tadi, Anwar berkata, beliau yakin dengan sistem perundangan yang ada.

Anwar berkata, beliau berpuas hati dengan hujah yang diberikan barisan peguamnya, Ram Karpal dan Karpal Singh.

annnn110560b6cb5e07fde698d3f1b64f241a“Tidak timbul sebarang spekulasi (status calon kajang), segalanya bergantung kepada sistem perundangan yang ada. Saya yakin dengan keadilan sistem perundangan yang kita ada sekarang, Insya Allah segalanya akan selesai.

“Saya meneliti hujah yang diberikan kedua-dua peguam pembela, Ram dan Karpal. Mereka memberi fakta yang jelas, saya berpuashati hujah pada pagi ini,” katanya yang dipetik daripada Harakah Daily.

Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Anwar dalam kes berkenaan yang memasuki hari kedua berhenti rehat kira-kira jam 12.30 tengahari tadi dan bersambung pada jam 2.45 petang ini.

Sementara itu, kira-kira 80 orang penyokong Pakatan Rakyat yang hadir memberi sokongan turut melaungkan ‘reformasi’ sejurus Anwar keluar daripada pintu utama Istana Kehakiman.

Anwar yang sempat bertemu dengan penyokong itu turut menceritakan sedikit situasi yang berlaku di dalam kamar perbicaraan dan meminta penyokong bertenang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.