Categories
SELANGOR

MB : Ada pihak ‘terkilan’ tidak dibawa dalam MoU Air

Oleh : NORHAYATI UMOR

KAJANG, 7 MAC: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan kritikan berhubung Perjanjian Persefahaman (MOU) air antara kerajaan negeri dan pusat mungkin disebabkan ada pihak ‘terkilan’ tidak diajak bersama dalam proses pelaksanaan terbabit.

Beliau turut menyifatkan MoU air itu ditandatangani demi kepentingan rakyat walaupun mengundang rasa tidak puas hati beberapa pihak ekoran tidak memaklumkan perkara terbabit.

“Ini demokrasi, rakyat setuju dengan syarat pelaksanaan mesti betul yang bermaksud orang parti mesti menyokong tindakan itu.

Abdul Khalid“Cuma ada orang yang ‘terkilan’ tidak dibawa bersama untuk mengangkat bendera itu,” katanya tanpa menyebut mana-mana individu.

Abdul Khalid juga mengakui terdapat jawatankuasa khas bagi meneliti kandungan MoU berkenaan dan menyifatkan penubuhan jawatankuasa itu juga membuktikan kerajaan negeri mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran.

“Ada. Jawatankuasa itu memang ada dan akan memastikan pelaksanaan perjanjian yang dibuat betul serta telus.

“Itu cara kerajaan negeri dengan membabitkan penilaian profesional. Kalau ada yang ingin beri nasihat tetapi tidak reti mengira air maka susahlah kita,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mahu Abdul Khalid merujuk kepada jawatankuasa itu yang diwakili Rafizi Ramli, Tony Pua dan Dr Dzulkefly Ahmad sebelum mengikat perjanjian.

Ia turut membabitkan pakar perundangan Tommy Thomas sebagai wakil bebas yang mewakili rakyat Selangor bagi memastikan perjanjian yang kukuh di sisi undang-undang.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.