Categories
SELANGOR

Earth Hour: Jalan Dataran Shah Alam ditutup sementara 6 petang ini

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 29 MAC : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian Jalan Persiaran Sultan di Dataran Shah Alam sempena penganjuran Program 60 Earth Hour 2014, bermula jam 6 petang ini.

Timbalan Pengarah Korporat, Shahrin Ahmad, berkata pengguna juga dinasihatkan untuk menggunakan Jalan Persiaran Dato’ Menteri atau Persiaran Kayangan bagi memasuki Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway).

“Bagi mengelakkan kesesakan, pengguna jalan raya dari arah Federal Highway yang ingin ke Seksyen 2, 3, 4, 6, 10 dan 11 dinasihatkan untuk menggunakan Jalan Persiaran Dato’ Menteri.

MBSA-Shahrin Ahmad“Mereka juga boleh menggunakan Jalan Persiaran Kayangan untuk menuju ke destinasi masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Shahrin berkata, Jalan Persiaran Sultan hanya akan dibuka semula sebaik Program 60 Earth Hour 2014 selesai dilaksanakan.

“Orang ramai khususnya pengguna jalan raya supaya mematuhi arahan anggota Penguatkuasa MBSA serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengawal aliran trafik sepanjang program berlangsung,” katanya.

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Korporat & Pembangunan Komuniti di talian 03-5510 5133 sambungan 1358 atau 1373 atau boleh juga menghubungi talian 013-338 0551.

Eart Hour adalah kempen anjuran World Wide Fund for Nature (WWF) yang kebiasaannya diadakan pada Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun.

Melalui kempen berkenan, lampu dan peralatan elektrik perlu dipadam selama satu jam bagi memberi kesedaran pentingnya perubahan iklim dan pemanasan global.

Leave a Reply

Your email address will not be published.