Categories
SELANGOR

Guan Eng : Rakyat Kajang perlu bangkit tolak politik perkauman

Oleh : AFIX REDZUAN

KAJANG, 16 MAC: Rakyat Kajang perlu bangkit menolak politik perkauman dengan amalan ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan sejak sekian lama demi membawa negara ke arah lebih baik.

Perkara itu ditegaskan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam reaksinya berhubung laporan sebuah akhbar yang membangkitkan soal ‘Kuota Cina’ bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Katanya, tidak timbul soal pengurangan ‘Kuota Cina’ kerana paling penting calon yang ditampilkan kepada rakyat mampu berkhidmat kepada semua kaum di Malaysia.

IMG_6522a“Kalau kita tengok ada akhbar Melayu cuba mainkan isu perkauman. Tapi perkauman Cina dan kenapa Parti Keadilan Rakyat (PKR) kurangkan kuota Cina kerana ADUN Kajang (sebelum ini) adalah Cina dan digantikan dengan seorang Melayu.

“Itu politik lapuk yang kita ingin tolak sama sekali. Kita mahu calon yang boleh wakili semua rakyat Malaysia, tidak kira dia Melayu, Cina atau India,” katanya.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, Barisan Nasional (BN) lebih mengutamakan kroni berbanding membela kaum sehingga mengakibatkan indeks rasuah negara berada di kedudukan mengecewakan.

IMG_6548a“Kita tolak permainan perkauman Umno yang jaga Melayu sahaja, MCA jaga Cina dan MIC jaga India sahaja kerana kita tahu mereka tidak jaga Melayu, Cina dan India tapi mereka jaga rasuah sahaja.

“Kita boleh tengok kita di tangga ketiga dalam senarai negara yang rasuah. Kita kena tolak pecah dan perintah yang dibuat BN,” katanya.

Guan Eng sebelum itu turut hadir sama membantu kempen calon PRK Dun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Pasar Awam Sungai Chua, di sini, hari ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.