Categories
NASIONAL

Husam : PR mampu selesai tarif elektrik, rakyat jadi keutamaan

KAJANG, 21 MAC: Pakatan Rakyat (PR) mempunyai jalan penyelesaian untuk mengurangkan tarif elektrik yang kini membebankan rakyat jika berjaya mentadbir Malaysia.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, berkata sesebuah kerajaan itu mampu berfikir jika mereka meletakkan keutamaan untuk menjaga kepentingan rakyat.

Memetik Harakah Daily, Husam berkata, kerajaan boleh mendapat sumber arang batu paling dekat iaitu di Sumatera Selatan yang mempunyai rizab 48 peratus dari seluruh Indonesia.

husam-musa“Tenaga yang kita hendak janakan ini daripada arang batu. Sumatera Selatan hanya sebelah Selat Melaka sahaja.

“Kalau kita bina janakuasa ini di Sumatera Selatan dengan kabel transmisi di mana dalam ekonomi bawa arang batu lebih mahal daripada bawa elektrik,” katanya.

Husam berkata, arang batu yang diperoleh dengan harga murah itu mempunyai kalori yang tinggi iaitu 6,500 kalori.

“Kita boleh jual yang tinggi, kita guna yang lebih rendah jadi akan jimat kos,” katanya.

Beliau berkata, harga elektrik akan lebih murah dan kerajaan boleh kekalkan harga itu untuk seluruh Semenanjung Malaysia dengan penyelesaian berkenaan.

“Kenapa kerajaan Barisan Nasioanal (BN) tidak buat macam ini kerana mereka-kepentingan lain. Jadi, kalau dalam elektrik sahaja kita boleh fikir penyelesaiannya, maka seluruh masalah lain dan ekonomi dalam negara juga boleh diselesaikan,” katanya.

TNBHari ini, rakyat Malaysia membayar tarif elektrik yang lebih tinggi ekoran tindakan kerajaan Umno-BN menganugerahkan projek janakuasa arang batu kepada 1MDB walaupun ada saingan yang menawarkan harga lebih murah.

1MDB memenangi kontrak dengan bidaan pada harga 25.65 sen per kwh walaupun YTL Power membida pada kadar 25.23 per kwh.

Rakyat akan membayar elektrik yang lebih mahal kepada 1MDB iaitu perbezaan 0.42 sen per kWh dan hal itu menunjukkan perbezaan sejumlah RM2 bilion sepanjang 25 tahun tempoh konsesi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.