Categories
AGENDA NASIONAL

Tarif elektrik pengguna domestik, industri kekal

KUALA LUMPUR, 28 JAN: Kerajaan telah bersetuju mengekalkan kadar tarif elektrik semasa bagi pengguna-pengguna domestik di Semenanjung Malaysia untuk tempoh kawal selia bermula pada 1 Februari 2022 hingga 31 Disember 2024 di bawah mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR).

Suruhanjaya Tenaga (ST) berkata kadar tarif ini yang telah digunakan sejak 1 Januari 2014 apabila mekanisme IBR diperkenalkan sebagai dasar baru dalam penetapan tarif elektrik dan keputusan itu juga terpakai kepada pengguna komersial dan industri.

“Bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disdember 2021, berlaku peningkatan dalam kos bahan api dan kos penjanaan lain sebanyak RM1.67 bilion, ekoran daripada kenaikan harga arang batu yang tinggi di pasaran sehingga mencecah US$200 per tan.

Oleh itu di bawah mekanisme mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) yang disemak setiap enam bulan, kerajaan turut memutuskan pelaksanaan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Februari hingga 30 Jun 2022.

Ini termasuk pemberian rebat 2 sen/Kilowatt jam (kWj) dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan dan untuk itu, tiada kenaikan tarif elektrik kepada pengguna pengguna domestik di Semenanjung.

Selain itu menurut ST, surcaj 3.70 sen/kWj dikenakan kepada semua pengguna bukan domestik seperti komersial dan industri.

“Bagi mengekalkan pemberian rebat dan tanggungan kos surcaj ICPT sepenuhnya kepada semua pengguna domestik, Kerajaan telah memperuntukkan dana Kumpulan Wang Industri Elektrik sebanyak RM715 juta untuk menanggung kos tersebut,” jelasnya.

Menurut ST lagi di bawah mekanisme ICPT, kos bahan api dan kos penjanaan elektrik akan disemak setiap enam bulan dan dilepaskan kepada pengguna elektrik dalam bentuk rebat atau surcaj bergantung kepada penjimatan atau peningkatan kos yang terlibat.

“Kenaikan harga arang batu yang tinggi di pasaran menyebabkan kos penjanaan elektrik meningkat sebanyak 45 peratus dan memberi impak yang besar kepada tarif elektrik di Semenanjung kerana 59 peratus sumber penjanaan adalah arang batu.

“Peningkatan harga bahan api arang batu adalah di luar kawalan Kerajaan kerana ia adalah berasaskan harga pasaran global,” katanya.

Sebagai langkah untuk meminimumkan kesan kenaikan bil elektrik disebabkan oleh surcaj ICPT, para pengguna elektrik di Semenanjung digalakkan melanggan Tarif Elektrik Hijau (GET) iaitu bekalan elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) supaya dapat menikmati pengecualian daripada surcaj ICPT elektrik untuk tempoh setahun, kata ST.

ST berkata pelanggan GET akan turut memiliki Sijil Tenaga Diperbaharui (REC) yang akan dapat membantu bagi memenuhi komitmen amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan menyokong agenda Tenaga Boleh Baharu negara.

Selain itu, pengguna boleh memanfaatkan Program Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) bagi membantu mengurangkan kos bil elektrik, katanya.

ST berkata pengguna turut digalakkan untuk melaksanakan langkah-langkah penggunaan elektrik dengan cekap antaranya melaksanakan audit penggunaan tenaga, membeli peralatan elektrik yang mempunyai penarafan 5-Bintang yang memberikan lebih banyak penjimatan elektrik, memastikan suis ditutup apabila tidak digunakan dan menggunakan peralatan elektrik dengan lebih cekap.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Tarif elektrik bukan domestik turun 0.55 sen/kWj bermula 1 Januari

PUTRAJAYA, 10 DIS: Tarif elektrik pengguna domestik kekal, manakala kadar surcaj tarif elektrik bagi pengguna bukan domestik turun 0.55 sen/kWj bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2020, menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).

ST berkata melalui keputusan yang dipersetujui kerajaan itu, sebanyak 7.4 juta pengguna domestik akan diberi pengecualian surcaj tarif elektrik manakala pengguna bukan domestik akan menikmati pengurangan surcaj iaitu pengurangan kadar efektif tarif elektrik dalam bil elektrik mereka.

ST berkata semakan menunjukkan RM376.45 juta perlu dilepaskan kepada pengguna di Semenanjung Malaysia melalui surcaj Imbalance Cost Pass Through (ICPT) bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2020.

“RM62.95 juta perlu dilepaskan untuk kategori pengguna domestik manakala RM313.50 juta perlu dilepaskan untuk pengguna komersial dan industri,” kata ST dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi pengguna domestik, sebanyak RM62.95 juta daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) akan digunakan untuk menampung surcaj ICPT supaya tiada surcaj dikenakan kepada pengguna domestik.

“Ini bermakna pengguna domestik tidak mengalami sebarang peningkatan tarif elektrik selama 18 bulan berturut-turut,” katanya.

Mengenai kategori pengguna komersial dan industri pula, menurut ST surcaj sebanyak 2.55 sen/kWj telah dikenakan untuk tempoh Julai hingga Disember 2019.

“Oleh kerana terdapat penurunan kos bahan api untuk tempoh enam bulan ini (Julai-Disember 2019), kadar surcaj pengguna komersial dan industri akan diturunkan sebanyak 0.55 sen/kWj daripada 2.55 sen/kWj kepada 2.00 sen/kWj,” katanya.

Menurut ST, terdapat penurunan dalam kos arang batu sebenar bagi tempoh Julai hingga Disember 2019, namun purata harga arang batu sebenar bagi tempoh itu masih melebihi paras harga penanda aras yang ditetapkan dalam tarif asas bagi tempoh kawal selia kedua (RP2) mekanisme Incentive-Based Regulation (IBR) dari tahun 2018 hingga 2020.

“Peningkatan harga ini adalah di luar kawalan kerajaan kerana ia adalah berdasarkan kepada harga pasaran global. Di samping itu, permintaan elektrik yang lebih tinggi turut menyumbang kepada kenaikan kos bahan api dan kos yang berkaitan bagi tempoh Julai hingga Disember 2019,” katanya.

Di bawah mekanisme IBR, tarif elektrik asas bagi tahun 2018 hingga 2020 ditentukan dengan menetapkan harga penanda aras bahan api arang batu dan gas dalam tempoh itu.

Menurut ST, sebarang perbezaan kos sebenar dengan harga penanda aras bahan api dalam penetapan tarif asas akan diselaraskan setiap enam bulan di bawah mekanisme ICPT, sama ada dalam bentuk surcaj atau rebat, bergantung kepada kos bahan api dan kos penjanaan lain dalam tempoh itu.

“Ini bermakna kadar efektif tarif elektrik ialah kadar asas ditambah dengan surcaj ataupun kadar asas ditolak dengan rebat dan penyelarasan kos bahan api ICPT untuk tempoh enam bulan melalui surcaj atau rebat akan dilakukan pada enam bulan seterusnya.

“Dengan erti kata lain, kadar surcaj atau rebat ICPT, untuk Januari hingga Jun 2020 ditentukan oleh harga bahan api Julai hingga Disember 2019,” menurut ST.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Kadar semasa tarif elektrik pengguna domestik kekal

KUALA LUMPUR, 3 DIS: Kadar efektif tarif elektrik di Semenanjung Malaysia bagi pengguna domestik akan dikekalkan manakala kadar surcaj pengguna komersial dan industri diturunkan bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2020.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata Kabinet bersetuju untuk menetapkan kadar efektif tarif elektrik tersebut berdasarkan mekanisme ‘Incentive Based Regulations’ (IBR) (Kawal Selia Berasaskan Insentif).

“Sebanyak RM62.95 juta daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) akan digunakan untuk menampung surcaj ketidakseimbangan pelepasan kos bahan api (ICPT) supaya tidak ada surcaj akan dikenakan kepada pengguna domestik.

“Oleh itu, kadar efektif tarif elektrik akan dikekalkan, tidak akan meningkat pada kadar efektif asas iaitu 39.45 sen per kilowatt jam (kWj), ini adalah 18 bulan berterusan tiada peningkatan melalui surcaj dikenakan kepada pengguna elektrik domestik,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat, hari ini

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang bertanyakan status perlaksanaan mekanisme IBR dalam menentukan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia setiap enam bulan serta sama ada tarif akan meningkat pada Januari 2020.

Menurut Yeo, sebanyak 7.4 juta pengguna domestik akan diberikan pengecualian surcaj tarif elektrik manakala pengguna bukan domestik akan menikmati pengurangan surcaj sebanyak 0.55 sen per kilowatt jam (kWj) daripada RM2.55 per kilowatt jam (kWj).

Bagi pengguna komersial dan industri, katanya, penurunan kadar surcaj ini adalah disebabkan penurunan kos bahan api untuk tempoh enam bulan ini.

Kerajaan sejak 2015 telah melaksanakan penentuan tarif elektrik berdasarkan IBR dan tarif asas elektrik disemak setiap tiga tahun di mana tempoh regulatori pertama (RP1) IBR bermula 2015 hingga 2017, manakala tempoh regulatori kedua (RP2) IBR bermula 2018 hingga 2020.

“Melalui mekanisme ini, tarif asas adalah ditentukan dengan andaian harga purata bahan api arang batu dan gas dalam tempoh regulatori tersebut.

“Sebarang perbezaan kos sebenar dengan harga andaian dalam penetapan tarif asas akan diselaraskan setiap enam bulan di bawah mekanisme ICPT, sama ada dalam bentuk surcaj atau rebat, bergantung kepada kos bahan api dan kos penjanaan lain dalam tempoh tersebut,” katanya.

Yeo menjelaskan, kadar efektif tarif elektrik adalah kadar asas tambah surcaj ataupun kadar asas tolak rebat dan penyelarasan kos bahan api ICPT untuk tempoh enam bulan melalui surcaj atau rebat akan dilakukan pada enam bulan seterusnya.

Bagi kadar surcaj atau rebat ICPT untuk tempoh Januari hingga Jun 2020 adalah ditentukan oleh harga bahan api Julai hingga Disember 2019.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Tiada kenaikan tarif elektrik hingga Disember

KUALA LUMPUR, 15 JUL : Tiada kenaikan tarif elektrik bagi semua kategori pengguna elektrik domestik ataupun komersial dan industri untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin.

Beliau berkata berdasarkan mekanisme ‘Imbalance Cost Pass Through’ (ICPT), kos bahan api dan peningkatan kos penjanaan lain yang perlu dilepaskan kepada pengguna bagi tempoh sama berjumlah RM1.592 bilion melalui surcaj kepada pengguna, iaitu peningkatan sebanyak 0.39 sen/kwj.

Bagaimanapun, katanya untuk mengurangkan beban rakyat serta pihak komersial dan industri, kerajaan mengambil pelbagai langkah dengan mengurangkan kos yang perlu dilepaskan kepada pengguna.

“Kementerian melalui Suruhanjaya Tenaga telah membuat pelarasan ke atas hasil dan kos elektrik pada tahun 2018 dan 2019 di bawah ‘Incentive-Based-Regulation’ (IBR) berdasarkan peruntukan ‘Regulatory Implementation Guidelines’ (RIGs) dan berjaya mendapatkan jumlah penjimatan sebanyak RM336.70 juta.

“Kementerian juga mendapat kelulusan Kabinet untuk menyumbang subsidi kepada tarif elektrik melalui peruntukan dana daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) sebanyak RM107.16 juta,” katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Bee Yin menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) yang ingin tahu adakah kerajaan mengkaji semula tarif elektrik baharu berikutan pergerakan harga arang batu dan gas di pasaran antarabangsa yang merosot dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Bee Yin berkata meskipun harga pasaran bahan api mengalami penurunan kebelakangan ini, namun penetapan ICPT bagi Julai hingga Disember ini adalah berdasarkan harga purata bahan api bagi tempoh Januari hingga Jun lepas.

Beliau berkata kementerian itu sedang merangka Akta Kecekapan dan Konservasi sebagai langkah penggunaan tenaga dengan cekap sekali gus dapat menurunkan penggunaan elektrik dan menjimatkan bil elektrik.

Katanya satu sesi libat urus dan perbincangan dengan Ahli-ahli Parlimen akan diadakan bagi mendapatkan maklum balas mengenai akta tersebut.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Tarif elektrik naik lagi, cara ‘baik’ tampung hutang negara

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 17 MEI: Kenaikan tarif elektrik yang diumumkan baru-baru ini dilihat satu keperluan bagi menampung hutang negara yang semakin melonjak.

Pengerusi Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Yahya Sahri, berkata kerajaan terpaksa mencari sumber bagi menampung hutang negara yang melonjak.

Katanya, dengan kenaikan tarif elektrik ia boleh membantu kutipan bulanan dengan lebih cepat.

1yahya-1024x460“Jika hendak harapkan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ia lambat lagi dilaksanakan. Jadi dengan cara ini, ia lebih cepat,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Yahya berkata, kerajaan juga terpaksa menampung kos pencarian pesawat MH370 yang masih hilang ketika ini, selain hutang negara yang meningkat.

“Kita juga tidak tahu kos sebenar pencarian MH370 yang masih menjadi teka-teki,” katanya.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, yang mendakwa tarif elektrik naik demi masa depan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan negara, Yahya menyifatkan Najib sepatutnya meletakkan jawatan kerana ia bukan satu alasan yang kukuh.

Katanya, hal itu kerana rekod kewangan TNB tidak memperlihatkan kurangnya hasil atau jualan, bahkan mengalami keuntungan setiap tahun.

tarif-elektrik“Ia seperti dilakukan dalam keadaan terdesak. Kita lihat apa yang disebut untuk menyelamatkan TNB daripada rugi tetapi sebenarnya untuk selamatkan kerajaan.

“Bagi pengguna dan rakyat di negera ini, sudah semestinya terkejut dan berdukacita. Jadi, rakyat seharusnya bangkit menyatakan bantahan terhadap kenaikan tarif elektrik dalam keadaan ekonomi ketika ini,” katanya.

Semalam, Najib berkata, pertumbuhan ekonomi negara akan terjejas dan perjalanan Malaysia untuk menjadi negara maju mungkin tinggal impian jika satu daripada fundamental negara iaitu bekalan elektrik terjamin dengan harga kompetitif.

Tahun lalu, TNB mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi berjumlah RM4.61 bilion berbanding tahun 2012 iaitu RM35.84 bilion.

Manakala bagi tahun ini, pertumbuhan permintaan elektrik dijangka kekal teguh sejajar dengan jangkaan prospek global yang lebih cerah.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Husam : PR mampu selesai tarif elektrik, rakyat jadi keutamaan

KAJANG, 21 MAC: Pakatan Rakyat (PR) mempunyai jalan penyelesaian untuk mengurangkan tarif elektrik yang kini membebankan rakyat jika berjaya mentadbir Malaysia.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, berkata sesebuah kerajaan itu mampu berfikir jika mereka meletakkan keutamaan untuk menjaga kepentingan rakyat.

Memetik Harakah Daily, Husam berkata, kerajaan boleh mendapat sumber arang batu paling dekat iaitu di Sumatera Selatan yang mempunyai rizab 48 peratus dari seluruh Indonesia.

husam-musa“Tenaga yang kita hendak janakan ini daripada arang batu. Sumatera Selatan hanya sebelah Selat Melaka sahaja.

“Kalau kita bina janakuasa ini di Sumatera Selatan dengan kabel transmisi di mana dalam ekonomi bawa arang batu lebih mahal daripada bawa elektrik,” katanya.

Husam berkata, arang batu yang diperoleh dengan harga murah itu mempunyai kalori yang tinggi iaitu 6,500 kalori.

“Kita boleh jual yang tinggi, kita guna yang lebih rendah jadi akan jimat kos,” katanya.

Beliau berkata, harga elektrik akan lebih murah dan kerajaan boleh kekalkan harga itu untuk seluruh Semenanjung Malaysia dengan penyelesaian berkenaan.

“Kenapa kerajaan Barisan Nasioanal (BN) tidak buat macam ini kerana mereka-kepentingan lain. Jadi, kalau dalam elektrik sahaja kita boleh fikir penyelesaiannya, maka seluruh masalah lain dan ekonomi dalam negara juga boleh diselesaikan,” katanya.

TNBHari ini, rakyat Malaysia membayar tarif elektrik yang lebih tinggi ekoran tindakan kerajaan Umno-BN menganugerahkan projek janakuasa arang batu kepada 1MDB walaupun ada saingan yang menawarkan harga lebih murah.

1MDB memenangi kontrak dengan bidaan pada harga 25.65 sen per kwh walaupun YTL Power membida pada kadar 25.23 per kwh.

Rakyat akan membayar elektrik yang lebih mahal kepada 1MDB iaitu perbezaan 0.42 sen per kWh dan hal itu menunjukkan perbezaan sejumlah RM2 bilion sepanjang 25 tahun tempoh konsesi.

Categories
NASIONAL

Tarif elektrik : Tony Pua selar tindakan Najib

Oleh : Norhayati Umor

SHAH ALAM 8 DIS : Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menyelar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terus mempertahankan kenaikan tarif elektrik dengan alasan tidak akan memberikan kesan keterlaluan.

Tony turut mempersoalkan tindakan Najib yang mahu menyelamatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedangkan syarikat terbabit mendapat keuntungan berbilion ringgit tahun ini.

tony-pua“Najib perlu jawab mengapa mahu terus selamatkan TNB sedangkan syarikat itu banyak kaut keuntungan hingga mencecah berbilion ringgit.
Mengapa rakyat yang kena bayar dan tanggung tetapi kroni penjana bebas untung,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan pusat tidak boleh membebankan rakyat kerana syarikat itu sudah diberi konsensi jangka masa lama dan harga yang mahal.

“Mereka ini mereka sudah cukup untung. Mengapa kontrak kenaikan elektrik tidak dirunding semula dan tidak seperti yang dijanjikan, bahkan jelas kita dapat lihat rakyat dibelakangkan serta kroni diutamakan,” katanya.

Beliau meminta perwakilan Umno yang tidak bersetuju dengan kenaikan elektrik itu supaya tidak hipokrit.

“Sudah tentu mereka yang tidak bersetuju itu tidak mendapat manfaat. Jika tidak, sudah tentu mereka tidak akan bantah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kadar caj perlu disusun semula dengan formula tertentu supaya dapat meningkatkan keberkesanan TNB.

“Mereka berhak naikkan tarif, tetapi biar kelemahan diatasi sebab kini TNB kurang efisyen. Jadi, TNB harus tanggung perbelanjaan itu dan perlu ada formula untuk mengatasi bukannya ditentukan kabinet,” katanya.

najib mugshot interview 01Semalam, Malaysia Kini melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertahankan kenaikan tarif elektrik Malaysia dengan alasan TNB memerlukan wang untuk pelaburan sebanyak RM6 bilion setahun.

Najib turut menjawab rakyat perlu terus bersabar dan berkorban untuk keuntuhan kewangan negara, selain menegaskan kenaikan itu tidak akan memberi kesan keterlaluan kerana majoriti tidak terjejas.

-NFN-

 

Categories
NASIONAL

Tarif elektrik naik 15 peratus

KUALA LUMPUR 1 DIS: Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 15 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen.

Harga sebelum ini 33.54 sen sekilowatt.

Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 5 sen.

Sebelum ini, Tenaga Nasional Bhd meminta dagangan sekuritinya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd digantung mulai 2.30 petang hingga 5 petang hari ini.

Penggantungan dua jam setengah itu ialah sementara menunggu pengumuman utama syarikat tersebut hari ini, kata gergasi utiliti itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, lapor Bernama yang dipetik Malaysia Kini.

Categories
NASIONAL

Tarif Elektrik Naik : Rakyat Terbeban, Kroni Terus Raih Untung

tian-TNB

SHAH ALAM, 20 JULAI : Hasrat Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat semakan naik terhadap tarif elektrik di negara ini disifatkan bukan sesuatu yang pelik, sebaliknya sudah dijangka sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lagi, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Tian Chua ketika dihubungi TV Selangor mendakwa, antara punca berlakunya kenaikan tarif elektrik saban tahun adalah disebabkan oleh perjanjian antara ‘syarikat kroni’ atau Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) bersama TNB sehingga menjadikan syarikat utiliti kuasa negara itu dibebani dengan kos yang terlalu tinggi.

Ekoran perjanjian itu katanya, syarikat kroni berkenaan mengaut untung yang besar di mana akhirnya TNB terpaksa menggunakan alasan mengalihkan bebanan kos yang tinggi itu kepada pengguna.

“Syarikat kroni ini menerima subsidi daripada Kerajaan Pusat dan akhirnya meraih keuntungan yang besar, namun menyebabkan TNB terbeban dengan kenaikan kos yang tinggi dan mengalihkannya kepada pengguna.

“Kerajaan membuat sususan begitu apabila memberi kuasa kepada IPP yang mana berbalik kepada TNB dan kembali kepada rakyat.

“Ini adalah sistem kroni yang diamalkan Umno-BN sejak dahulu lagi,” katanya ketika mengulas kenyataan Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie bahawa pihaknya berkemungkinan akan membuat semakan semula ke atas  tarif elektrik ekoran hasrat Kerajaan Pusat untuk mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik.

Moggie berkata, kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.