Categories
NASIONAL

Jerebu : Sembilan kawasan catat IPU tidak sihat

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 9 MAC: Sembilan kawasan dilaporkan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sejak pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari tadi.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatat IPU melebihi 100 ialah Nilai (105), Seri Manjung (103), Banting (135), Kuala Selangor (159), Pelabuhan Kelang (167), Petaling jaya (123), Shah Alam (126), Batu Muda (107) dan Putrajaya (117).

Jerebu-Muar-3JAS melaporkan lewat tengah hari atau petang, bacaan IPU dijangka meningkat ekoran kepekatan ozon tinggi yang berpunca daripada pengaruh cuaca panas.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my kendalian JAS untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan mereka.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.