Categories
NASIONAL

Kadar tol Jambatan Kedua Pulau Pinang meragukan, kementerian perlu umum segera

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 MAC: Menteri atau timbalannya harus sentiasa bersedia dan bertanggungjawab menjawab sebarang soalan berkepentingan rakyat di Parlimen.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata jawapan menteri juga penting sebagai kayu pengukur kepada ‘check and balance’, ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran sesebuah kerajaan.

Katanya, sikap menteri Umno-BN yang sentiasa berdalih dan enggan berkongsi fakta dan maklumat di Parlimen tidak boleh diterima.

Sim Tze Tzin“Inilah sebenarnya sikap yang media antarabangsa daripada China, Eropah dan Amerika Syarikat kritik dan pertikaikan dalam isu MH370.

“Tetapi, malangnya Kerajaan Pusat masih tidak mahu berubah dan masih tetap dengan perangai sama,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau merujuk kepada keengganan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memberitahu maklumat berkenaan kadar tol di Jambatan Kedua Pulau Pinang di Parlimen, baru-baru ini.

Ketika menjawab soalan dikemukakan Tze Tzin, Rosnah didakwa berkata kadar yang sudah diputuskan itu akan diumumkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kemudian.

rosnah shirlin“Bukankah menteri adalah bos kepada LLM, jadi kenapa pula keputusan diberi kepada badan di bawah untuk umumkan. Ini menimbulkan keraguan bahawa kemungkinan kadar tol jambatan kedua sangat tinggi,” katanya.

Sehubungan itu, Tze tzin menuntut jawapan segera daripada Kementerian Kerja Raya berhubung Jambatan Kedua itu terutama tempoh konsesinya paling panjang dalam sejarah negara.

“Setiap warga Pulau Pinang perlukan jawapan segera kerana mereka juga yang perlu bayar tol berkenaan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.