Categories
SELANGOR

Kapasiti empangan bertambah, catuan diteruskan hingga paras memuaskan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 19 MAC : Walaupun kapasiti air di beberapa empangan di Selangor mulai bertambah, pelan catuan air yang sedang dilaksanakan akan diteruskan sehingga mencapai paras yang memuaskan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri sentiasa memantau paras air di semua empangan setiap minggu sebelum memutuskan langkah seterusnya.

“Walaupun beberapa empangan mula mencecah lebih 65 peratus, tetapi kita meneruskan pelan operasi (catuan air) seminggu lagi bagi memastikan pertukaran musim monsun.

a1“Selepas itu, kita akan putuskan semula sama ada akan meneruskan atau tidak pelan catuan air itu,” katanya pada sidang media sebaik sahaja beliau selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Selangor di Bangunan SUK, di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri juga mendapati pelan catuan air yang dilaksanakan pada masa ini mampu memberi kesan positif terhadap sikap sesetengah pengguna yang gemar melakukan pembaziran air sebelumnya.

Exco Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, pula memberitahu ketika ini kapasiti air di kebanyakan empangan berada ditahap yang memuaskan.

“Hujan banyak turun dan ini baik bagi membantu menambah air di empangan seperti di Hulu Langat, Semenyih dan Ampang tetapi Empangan Sungai Selangor walaupun hujan, masih tidak mencapai tahap memuaskan, kita cuma dapat pertambahan 5 milimeter,” katanya.

elizabeth wongBerikutan musim kemarau yang melanda negara ketika ini, beberapa negeri terpaksa menjalankan pelan catuan air masing-masing berikutan paras air di empangan semakin berkurangan.

Selain Selangor, antara negeri lain yang turut terjejas termasuk Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.