Categories
SELANGOR

Wan Azizah naik motor ke Pusat Penamaan Calon PRK Kajang

Oleh Nazli Ibrahim dan Lizawati Madya

KAJANG: Keadaan trafik menuju ke Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Bandar Baru Bangi sesak seawal jam 6.30 pagi ini.

Tinjauan Selangor Kini mendapati kesesakan itu bermula dari tol Lebuh Raya Utara Selatan.

Ramai terperangkap dan lambat sampai ke destinasi termasuk rombongan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, apatah lagi kesesakan semakin ketara kira-kira tiga kilometer dari pusat penamaan calon itu.

aziza

Kesesakan itu juga menyebabkan calon PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail terpaksa membonceng motosikal untuk tiba ke Pusat Penamaan Calon mengikut waktu yang ditetapkan.

Berdasarkan keadaan itu, kehadiran penyokong terutama Pakatan Rakyat yang berhimpun di bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dijangka di luar jangkaan.

kaj

PRK DUN 25 Kajang menyaksikan Dr  Wan Azizah dan Datin Paduka Chew Mei Fun dari BN bertanding satu lawan satu jika tiada calon bebas.

Calon BN dari MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun memasuki Dewan Kompleks Sukan MPKj pada jam 8.50 pagi dengan diiringi pemimpin BN lain.

Antara pemimpin BN yang kelihatan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan diiringi pemimpin utama Pakatan Rakyat memasuki dewan pada jam 9.00 pagi.

Antara pemimpin PR yang kelihatan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dan Naib Presiden PAS, Sallehuddin Ayub.

Sehingga jam 9.15 pagi kedua-dua calon dari PKR dan BN sedang berada di meja pendaftaran pencalonan.

Hingga kini tidak kelihatan mana-mana calon bebas mendaftarkan diri dalam PRK kali ini.

Tepat jam 9.30 pagi sebaik sahaja selesai urusan pencalonan, Wan Azizah dengan diiringi pencadang dan penyokong beliau sempat berdoa memohon agar diberi kemenangan dalam PRK kali ini.

SPR dijangka akan mengumumkan pencalonan rasmi sebaik sahaja tempoh mendaftar pencalonan tamat nanti.

Penamaan calon akan ditutup pada jam 10.00 pagi.

EZY

MENYUSUL LAGI

Leave a Reply

Your email address will not be published.