Categories
SELANGOR

Klang Parade anjur Children’s Fair hingga 30 Mac

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 MAC : Sempena cuti sekolah, para ibu bapa di sekitar Lembah Klang dijemput membawa anak mereka menyertai Children’s Fair, di Klang Parade, bermula 21 hingga 30 Mac ini.

Pegawai perhubungan Awam bagi program itu, Christina How berkata, pelbagai aktiviti berfaedah dirangka khusus bagi kanak-kanak daripada peetandingan makan pizza hingga ke bengkel seni kraf.

“Inilah peluang anda untuk mengisi masa lapang anak anda, selain daripada membiarkan mereka menghadap tablet atau skrin gajet lain.

1175508_624173907628064_1590127884_n“Secara tidak langsung, ini juga memberi peluang kepada ibu bapa melakukan aktiviti kesukaan mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Antara aktiviti menarik pada hari pembukaan adalah pertandingan makan pizza dan berpeluang memenangi baucer.

Kanak-kanak juga boleh menyertai bengkel seni pasir dianjuran Kidz Paradise atau bengkel seni kraf anjuran Xing Art Studio.

Selain itu, mereka juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dengan menyertai Creative Colouring Contest yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu empat hingga enam tahun, tujuh hingga 10 tahun dan 11 hingga 15 tahun.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.