Categories
SELANGOR

MB: Laksanakan WSIA, pelaburan Selangor tidak terjejas

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 31 MAC: Pelaburan ke Selangor tidak terjejas sekiranya Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 digunakan dalam penstrukturan industri air negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perkara itu sudah dilaksanakan di beberapa negeri sejak akta itu diperkenalkan.

Air-MB1“WSIA diluluskan oleh Parlimen pada 2006 dan digunakan untuk penstrukturan industri air di Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Dan kita gunakan undang-undang yang sama untuk Selangor,” katanya pada sidang media di Perpustakaan Raja Tun Uda semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Pengurus Urusan Gamuda Bhd, Datuk Lin Yun Ling yang berkata penggunaan akta WSIA untuk penstrukturan industri air akan menyebabkan pelabur lari.

“Saya fikir sekiranya logiknya ialah mahukan wang yang lebih, itu bukan alasannya.

“Pelabur lebih arif. Kamu cuba untuk memaksimakan pendapatan sebanyak mungkin tetapi bila kita melaksanakan sesuatu undang-undang kita mesti memastikan yang ia memanfaatkan rakyat,” katanya lagi.

Tambah Abdul Khalid lagi, jumlah harga ditawarkan kepada pemegang konsensi air adalah berpatutan.

“Saya fikir pelabur lari itu tidak betul dan pasaran saham juga tidak jatuh sejak akta ini digunakan sejak tahun 2006,” katanya lagi.

Abdul Khalid turut berkata beliau akan bertemu dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan wakil daripada Jabatan Peguam Negara.

“Ini berkaitan dengan penstrukturan semula industri air Selangor melalui Seksyen 114 WSIA. Kabinet sendiri sudah mempersetujui perkara ini sejak Ogos tahun lalu,” kata beliau lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.