Categories
SELANGOR

MB tidak mahu keputusan bertanding Timbalan Presiden PKR jejas PRK Kajang

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 1 MAC : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mahu pengumuman awal yang dilakukannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dijadikan sebagai satu gerak kerja sehingga menjejaskan fokus utama Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dun Kajang.

Katanya keputusan yang dibuat berhubung perkara itu adalah bagi memberi khidmat bakti kepada parti yang telah banyak memberi sokongan kepadanya sebagai Menteri Besar Selangor.

MB warisanBeliau berkata kesediaan untuk bertanding juga adalah atas keputusan sendiri dan bukannya disebabkan desakan atau tekanan daripada mana-mana pihak.

“Saya hanya menyatakan kesediaan saya dan berharap perkara ini tinggal di situ dan kita fokus kepada persediaan untuk menghadapi PRK di Dun Kajang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Temasya Seni Silat, Senjata dan Warisan Melayu Selangor.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kekuatannya untuk bertanding posisi kedua tertinggi parti, Abdul Khalid berkata beliau mempunyai pencapaian yang meyakinkan selain jujur dan berdedikasi.

Katanya apa yang paling penting keputusan itu dibuat untuk membawa pembaharuan dalam parti dan tidak mempunyai sebarang agenda peribadi.

MB warisan1“Saya tidak akan membincangkan perkara ini sehingga selesai PRK di Dun Kajang untuk mengelakkan sebarang spekulasi daripada pihak lain,” katanya lagi.

Semalam, Abdul Khalid mengumumkan akan bertanding jawatan nombor dua PKR itu sekaligus mengesahkan spekulasi sebelum ini.

Pengumuman itu dibuat dalam majlis Malam Tautan Kasih di kediaman rasminya di Seksyen 7, malam tadi yang dihadiri kira-kira 200 hadirin.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.