Categories
SELANGOR

MCA-BN kian terdesak, sebar risalah fitnah takut kemaraan PR

KAJANG, 22 MAC: Calon Pakatan Rakyat (PR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengecam tindakan terkutuk Barisan Nasional (BN) yang semakin terdesak untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Kajang sehingga sanggup mengedar risalah fitnah terhadap dirinya.

“BN nampaknya sudah semakin takut dengan kekuatan PR, mereka kini mula mengedar risalah fitnah.

“Dalam risalah itu, mereka mendakwa saya adalah seorang yang hipokrit dan memang suka Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara.

“Ini tidak benar dan ia merupakan taktik yang lahir daripada perasaan takut, terutama apabila melihat sokongan kepada PR makin bertambah,” katanya ketika berceramah di majlis Jamuan Makan Malam di Pasar Sungai Chua, Kajang.

wan-azizah-chew-mei-funMenurut Dr Wan Azizah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Wan, BN-MCA juga sudah kehabisan modal kempen sehingga turut meniru slogan PR.

“Chew Mei Fun kata beliau dan MCA datang ‘for a better Kajang’. Itu PR punya slogan, jangan tiru-tiru, mesti mahu undi yang original (asli) bukan tiru punya,” ujarnya dengan sinis dipetik Roketkini.

Pada masa sama, Wan Azizah sempat berkongsi kepada 4,000 rakyat yang hadir mengenai keperitan dialaminya setelah suami tercinta tanpa henti-henti ditekan dengan pelbagai hukuman dan serangan pemerintah.

“Saya kongsi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tentang macam mana Betty Chew rasa semasa beliau dimasukkan ke penjara. Saya tahu dan alami perasaan yang sama.

“Sewaktu hukuman dijatuhkan kali pertama iaitu enam tahun penjara, anak kelima saya ketika itu baru berusia lapan tahun.

“Beliau bertanya kepada bapa saya (Wan Ismail), enam tahun itu lama ke? Hati saya sangat sedih. Kini 16 tahun berlalu, sekali lagi peristiwa sama berulang. Tapi kali ini mereka semua (anak-anak) sudah dewasa dan memberikan sokongan penuh dengan mengatakan ‘go for it mum’,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.