Categories
SELANGOR

Menangkan Wan Azizah, dari Kajang ke Putrajaya

Oleh: Lizawati Madfa

KAJANG 22 MAC: Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, barisan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menggesa pengundi untuk menghadiahkan kemenangan besar kepada calonnya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata beliau percaya kemenangan Presiden PKR itu di Kajang bakal membuka laluan lebih baik buat PR untuk menakluk Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

BjQtrc5CQAAsmdda“Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dinafikan hak oleh Umno-BN, tidak boleh bertanding (pilihan raya) siapa tahu kita mungkin akan berpeluang mempunyai Perdana Menteri pertama wanita di negara ini.

“Jadi pastikan anda semua memberi undi anda kepada calon Datuk Seri Dr. Wan Azizah pada hari Ahad ini,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 10,000 penyokong pada Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam tadi.

Wan Azizah berdepan satu lawan satu dengan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang juga merupakan Naib Presiden MCA.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengingatkan jentera parti dan para pengundi untuk terus mengukuhkan barisan di saat-saat akhir PRK Kajang dalam menghadapi serangan Umno-BN.

wan azizah ceramah pandan indah2“Kita mesti menghentikan kebobokan Umno-BN lebih-lebih dalam saat Datuk Seri Anwar Ibrahim difitnah.

“Pengundi perlu menzahirkan mesej jelas kepada pemerintah bahawa mereka tidak boleh buat sewenang-wenangnya,” pesannya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua menggesa rakyat Kajang untuk menzahirkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berterusan difitnah dan dianiaya Umno-BN pada peti undi Ahad ini.

“Kita mungkin berlainan agama dan bangsa tetapi kita semua sebenarnya berkongsi satu aspirasi sama iaitu untuk bangkit menentang sistem yang zalim di negara ini.

“Hari ini kita sekali lagi berikrar bahawa anda (Anwar Ibrahim) bukan keseorangan kerana malam ini kita isytiharkan gelombang baru, Reformasi 2.0,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.