Categories
SELANGOR

Pelabuhan Klang, Banting terus catat IPU berbahaya

Oleh : NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 14 MAC: Pelabuhan Klang dan Banting mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat jam 8 pagi tadi.

Laporan laman sesawang berkenaan (JAS) mendapati dua kawasan itu mencatatkan IPU melebihi 300 dengan Pelabuhan Klang (358) dan Banting (311)

Jerebu-Shah-AlamSementara itu, 13 kawasan seluruh negara mencatat bacaan IPU tidak sihat antaranya Petaling Jaya (185), Shah Alam (164), Putrajaya (175), Kuala Selangor (149), Batu Muda (176), Cheras (147), Nilai (168), Port Dickson (169), Muar (107) dan Seremban (154)

JAS mengkategorikan IPU pada tahap 0-50 sebagai baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Jabatan Pelajaran Selangor juga mengarahkan 131 sekolah di Daerah Klang ditutup hari ini ekoran catatan IPU tidak sihat dan berbahaya itu.

Menurut laman web itu, kebiasannya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan menjelang lewat tengahari atau awal petang.

Untuk mengetahui perkembangan semasa bacaan IPU di kawasan masing-masing, orang ramai boleh mengunjungi portal JAS di alamat http://apims.doe.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.