Categories
SELANGOR

Pengundi Kajang jangan mudah serah salinan kad pengenalan

Oleh : AFEEQA AFEERA

KAJANG, 20 MAC: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingatkan semua pengundi di Kajang supaya tidak menyerahkan salinan kad pengenalan mereka kepada pihak tertentu yang didakwa cuba menyalahgunakannya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), pada 23 Mac ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang, berkata pihaknya menerima aduan daripada pengundi di Kajang yang diminta untuk menyerahkan kad pengenalan mereka kepada seseorang kononnya bagi tujuan rekod.

Beliau berkata, taktik berkenaan dikhuatiri bertujuan untuk mempengaruhi keputusan PRK yang bakal menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan calon MCA, Datin Paduka, Chew Mei Fun.

e866d0d8d1cb5b6d46fe2ecb4610867d_Generic“Kita begitu bimbang kad pengenalan yang sudah direkod atau difotokopi itu akan disalahguna kemudian hari.

“Justeru, kita gesa kepada sesiapa (pengundi) yang memberikan salinan kad pengenalan untuk segera mendapatkannya semula dan pastikan rekod mereka dipadam,” katanya dalam sidang media di Bilik Geraka Utama PKR, di sini, hari ini.

Law berkata, penyalahgunaan kad pengenalan untuk menjadikan seseorang itu sebagai ‘ahli hantu’ sesebuah parti adalah taktik yang pernah digunakan sebelum ini ketika Pilihan Raya Umum (PRU).

Katanya, pengundi biasanya berdepan taktik itu ketika program, majlis makan malam atau ceramah sepanjang tempoh berkempen.

“Kita pernah terima aduan sebelum ini iaitu kad pengenalan disalah guna untuk buat pinjaman bank dan sebagainya.

“Saya turut terima aduan di Taman Sepakat Indah daripada seorang wanita yang mengatakan ada berlaku kes ini di Kajang, semalam (19 Mac),” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.