Categories
SELANGOR

Persidangan Projek Sifar 2014 beri peluang OKU bergerak bebas

Oleh : ADEEBA ADNI

SHAH ALAM, 21 MAC: Persidangan Projek Sifar (ZP) 2014 dengan tema Dunia Bebas Halangan yang mengemunakan model terpilih peringkat antarabangsa berlangsung selama dua hari,Ibu Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vienna, Austria, pada 27 hingga 28 Februari lalu.

Program itu adalah forum antarabangsa yang mengemukakan lebih 50 model terpilih peringkat antarabangsa yang berbentuk polisi, mekanisme dan usaha sama ke arah menjadikan dunia bebas halangan.

2Dunia dalam forum berkenaan dlihat sebagai sebuah kediaman setiap insan yang boleh mengakses semua ruang dan lingkup pembabitan masyarakat khususnya golongan orang kurang upaya (OKU).

Melalui forum ini, OKU tiada halangan untuk bergerak, bekerja, bereakrasi dan aktif seperti orang normal iaitu di mana sahaja serta pada sebarang masa dan bidang yang diinginkan.

Persidangan terbabit dihadiri lebih 400 peserta seluruh dunia dan Selangor diwakili Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Selangor, Rodziah Ismail.

Turut hadir bersama beliau adalah wakil Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN), selain pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.