Categories
SELANGOR

Plak perasmian sekolah tertera nama Anwar ditutup gara-gara politik?

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 19 MAC: Permainan politik kotor Barisan Nasional (BN) bukan sahaja sanggup memfitnah dan mengaibkan musuh politiknya tetapi turut berusaha memadamkan jasa serta sumbangan individu tertentu dalam sejarah pembangunan pendidikan negara.

Perkara itu dapat dilihat apabila plak perasmian yang tertera nama dan tandatangan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah sekolah di Kajang pernah ditutup supaya tidak dapat dilihat pelajar sekolah terbabit.

Sekolah rendah yang mula dibuka pada 1987 itu dikatakan dirasmikan Anwar ketika beliau menduduki kerusi Menteri Pelajaran.

AnwarBagaimanapun, selepas guru besar sekolah berkenaan bertukar, plak perasmian itu dibuka semula untuk tatapan pelajar sekolah itu.

Perkara itu diberitahu salah seorang guru sekolah berkenaan kepada Selangor Kini selepas calon Pakatan Rakyat (PR) , Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil kesempatan bertemu ibu bapa pelajar di luar sekolah terbabit.

“Guru besar dahulu tutup plak perasmian tetapi bila tukar baru, plak itu dibuka semula. Plak itu dibuka bukan sebab sokongan kepada pihak tertentu atau berunsur politik tetapi disebabkan itu adalah sejarah sekolah kami,” katanya yang enggan mendedahkan nama.

Sejak PR mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri pada 2008, Kerajaan Pusat mula melaksanakan pelbagai ‘arahan tidak rasmi’ kepada pejabat kerajaan di negeri itu termasuk di sekolah seluruh Selangor.

Antara ‘arahan tidak rasmi’ itu termasuk tidak membenarkan pejabat kerajaan menggantung gambar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebaris dengan gambar DYMM Sultan Selangor, Perdana Menteri dan menteri berkenaan seperti amalan protokol sebelumnya.

‘Arahan tidak rasmi’ itu bukan sahaja dilihat bertentangan dengan keputusan rakyat Selangor yang memilih PR dalam dua pilihan raya umum terakhir, bahkan turut tidak menghormati dan membelakangkan institusi DiRaja Selangor yang mengiktiraf dan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar yang sah.

Sejak September 2013, Selangor Kini pernah beberapa kali cuba mendapatkan reaksi daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim atau timbalan beliau tetapi gagal selepas Setiausaha Pejabat Pengarah, Pauziah Surip memaklumkan bahawa pihak berkenaan sama ada sedang bercuti, keluar atau sedang menghadiri mesyuarat.

sekolah tamil 1Selangor Kini turut dimaklumkan Mahmud sedang mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar yang tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam kabinet ketika itu.

Menerima cadangan Pauziah, Selangor Kini turut menghantar beberapa soalan berkaitan isu terbabit melalui e-mel ke alamat [email protected] untuk dipanjangkan sama ada kepada pengarah atau timbalannya bagi mendapatkan reaksi dalam isu terbabit.

Bagaimanapun, hingga kini selepas lebih lima bulan berlalu, masih tiada jawapan balas yang diterima Selangor Kini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.