Categories
SELANGOR

PRK Kajang: 53.71% keluar mengundi setakat 2 Petang

Oleh: AFEEQA AFEERA

KAJANG: Setakat jam 2.00 petang tadi, seramai 20,438 orang atau 53.71 peratus telah keluar mengundi di 16 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dibuka tepat jam 8 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

FRU Kajang1Penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang hadir memberi sokongan kepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggunakan pelbagai pendekatan kreatif untuk menarik pengundi.

Di Sekolah Rendah Agama Batu 10, ada di kalangan penyokong PR membawa dua biji kelapa tua mengejek pihak lawan dengan membuat aksi perbomohan.

Ia bagi mengejek dan menyindir upacara perbomohan yang dilakukan Bomoh 1Malaysia, Ibrahim Mat Zin yang menggunakan kelapa ketika mengadakan ritual mencari pesawat Malaysia Airlines, MH370.

Di Sekolah Kantan Permai, penyokong membuat aksi ‘bomoh teropong’ dengan menggunakan paip kecil sebagai teropong, memegang kelapa dan batang penyapu.

Ada di kalangan penyokong juga dilihat membawa kangkung sebagai ejekan kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya berhubung penurunan harga kangkung yang tidak mendapat pujian rakyat.

Pihak lawan, Barisan Nasional (BN) pula menggunakan istilah lucah sebagai modal mengejek penyokong pihak lawan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.