Categories
NASIONAL

Rodziah cabar Zuraida jawatan Ketua Wanita Pusat PKR

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 28 MAC: Exco Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Ketua Wanita Pusat PKR dalam pemilihan PKR 2014, sekali gus mencabar kedudukan penyandangnya Zuraida Kamaruddin.

Rodziah dalam satu kenyataan berkata, beliau percaya Agenda Reformasi dapat dilaksanakan dengan pengalamannya dalam barisan pimpinan PKR dan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.

rodziah eksklusif pink 03Beliau yang juga Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat berkata, gesaan dan keyakinan daripada anggota kepimpinan Wanita dan akar umbi supaya ada suatu perubahan dalam Sayap Wanita juga perlu diberikan fokus.

“Pembaharuan itu diyakini akan memberikan kesegaran dalam pengolahan agenda masa depan Wanita PKR.

“Ia adalah suatu gesaan yang tidak boleh diketepikan dan saya tampil menyahutnya dengan segala iā€™tikad dan semangat supaya segera dapat dikotakan kepimpinan yang dikehendaki anggota wanita PKR.

zuraidah“Selain penerapan dan pengaktualan pembuatan keputusan secara kolektif, ketelusan dalam pengoperasian aktiviti wanita dan keakuran berlandaskan panduan serta perlembagaan parti.

“Gesaan daripada akar umbi itu adalah amanah bagi saya yang akan digenggam erat dan memohon supaya sering diperingatkan kepada saya secara jujur dan tulus,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.