Categories
SELANGOR

SPR : Belum ada calon mohon tidur lokap, pasti peti undi selamat

Oleh : AFIX REDZUAN

KAJANG, 19 MAC: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan belum ada wakil calon daripada Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) yang mengemukakan permohonan untuk bermalam di lokap bagi memastikan keselamatan peti undi pengundian awal PRK Kajang.

Setiausahanya, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata semua peti undi akan disimpan di lokap Balai Polis Bangi sebelum dikira, pada 23 Mac ini.

“Kertas (undi) ini macam prosedur biasa akan dihantar ke lokap dan akan mengikut prosedur polis.

“Kalau sesiapa ingin duduk bersama dengan peti undi ini, dia kena ikut prosedur lokap. Maknanya kena pakai baju lokap dan ikut peraturan.

spr“Kita hantar di Balai Polis Bangi dan asingkan dengan undian biasa. Setakat ini, belum ada permohonan untuk tidur bersama peti undi pengundian awal,” katanya pada satu sidang media, di IPD Kajang, di sini, hari ini.

Sehingga jam 11 pagi, peratusan keluar mengundi dicatatkan 45 peratus dengan 560 orang menjalankan tanggungjawab di tiga kawasan pembuangan undi.

Tiga lokasi berkenaan adalah Dewan Sultan Haji Ahmad Shah Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras, Dewan Anjung Forensik PDRM dan Rumah PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang membabitkan 1,197 anggota polis dan pasangan.

Mengulas berkenaan suasana pembuangan undi, Abdul Ghani menjelaskan, pengundian berjalan lancar kerana pengundian awal hanya membabitkan anggota polis.

“Hasil tinjauan di tiga lokasi, kami dapati berjalan lancar dan teratur dengan 24 orang petugas SPR di tempat pengundian.

2014319104930“Kita harap semua pengundi awal di kalangan anggota polis dapat keluar awal untuk proses mengundi dan menunaikan tanggungjawab mereka bagi yang masih belum mengundi,” kata.

Untuk PRK kali ini, 240 tong dakwat kekal diperuntukkan dengan tujuh daripadanya digunakan untuk pembuangan undi awal.

Dakwat kekal yang digunakan juga sama seperti yang digunakan pada PRK Kuala Besut.

SPR menjangkakan semua anggota polis akan selesai membuang undi sekitar jam 4.30 petang kerana ada diantara anggota masih bertugas.

SPR juga masih belum menerima sebarang laporan berkenaan salah laku ketika berkempen dan berharap ia berlangsung aman sehingga hari pembuangan undi, pada 23 Mac lalu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.