Categories
SELANGOR

Sultan Selangor: Ibu bapa perlu serius didik anak budayakan Al-Quran

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM 15 MAC : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar ibu bapa menjadi contoh dan serius membudayakan Al-Quran supaya generasi masa hadapan lebih terdidik, mengambil berat dan menanamkan minat kepada Al-Quran.

Titah Baginda Sultan, usaha ke arah melahirkan generasi muda berilmu dan menghafaz Al-Quran perlu dipertingkatkan lagi supaya negara dapat melahirkan modal insan berkualiti.

Sultan“Perlu diingat, Al-Quran masih relevan untuk diguna pakai sehingga ke hari ini dalam pelbagai jurusan termasuk pentadbiran negara, politik, ekonomi, sains, pembangunan dan sebagainya.

“Pelajar perlu dilengkapkan ilmu akademik dan didedahkan kemajuan teknologi serta perkembangan semasa agar mereka dapat bersaing umenghadapi cabaran hidup,” titah Baginda Sultan.

Sultan Selangor bertitah demikian dalam titah perasmian penutup Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke 35 Tahun 1435H/2014M di Dewan Auditorirum Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, malam tadi.

Sultan Sharafuddin turut melahirkan kebimbangan melihat umat Islam di negara ini sering didepani dengan pelbagai senario semasa yang penuh cabaran dan polemik.

PemenangTitah baginda, akidah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam mula diruntuhkan anasir yang tidak bertanggungjawab.

“Bagi mengelakkan umat Islam terus diserang dengan pelbagai anasir seperti amalan syirik, pengembangan ajaran sesat atau aspek perlanggaran hukum yang meruntuhkan akidah kita.

“Beta menyeru dan mengingatkan di sini, setiap muslim tanpa mengira warna kulit adalah bertanggungjawab memikul amanah “amar makruf dan nahi mungkar’,” titah Baginda Sultan.

Sultan Selangor berkenan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang dalam majlis berkenaan yang turut dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha; Mufti Selangor, Mohd Tamyes Abd Wahid.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.