Categories
NASIONAL

Tribunal Rakyat dedah penipuan, salah laku dalam PRU-13 esok

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 24 MAC: Tribunal Rakyat anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan mendedahkan penemuan penipuan dan salah laku dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pada 25 Mac ini.

Dalam satu kenyataan, Tribunal Rakyat memaklumkan pembentangan penemuan itu adalah sambungan kepada sesi pendengaran dan keterangan saksi oleh mereka yang berakhir, pada September lalu.

Katanya, lima panel antarabangsa yang sama dan pakar tempatan akan kembali membentangkan penemuan mereka.

tribunal_20130919_095119_LLSTribunal Rakyat diterajui bekas Wakil Khas Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja, Yash Pal Gai selaku pengerusi; bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Ramlan Surbakti dan bekas Presiden Asean Inter-Parliamentary Myanmar Caucus (AIPMC), Kraisak Choonhavan.

Tiga ahli tempatan adalah Peguam Bela dan Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya, Datuk Azzat Kamaludin; bekas profesor Fakulti Ekonomi dan Pentabdiran Universiti Malaya (UM), Dr Mavis Puthucheary dan Setiausaha Agung Lembaga Gereja Malaysia (CCM), Rev Dr Hermen Shastri.

tribunalOrang ramai dijemput untuk mendengar pendedahan penemuan tribunal berkenaan akan berlangsung di Hotel Empire, Subang Jaya, bermula 9.30 pagi hingga 1 tengahari.

Pada September lalu, Tribunal Rakyat membuat kesimpulan berdasarkan bukti dan testimoni yang diberikan pelbagai pihak sepanjang tribunal anjuran Bersih 2.0 itu berlangsung, selain mendapati Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal melaksanakan PRu-13 dengan bersih dan adil.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.