Categories
SELANGOR

Wan Azizah: ‘Jawatan MB bukan isu utama’

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 12 MAC: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kerusi Menteri Besar Selangor bukan faktor yang menggerakkan Langkah Kajang seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Beliau berkata, sebaliknya Langkah Kajang digerakkan atas dasar ingin memberi penambahbaikan terhadap pentadbiran kerajaan Selangor, sekali gus menjadi model kepada rakyat Malaysia.

“Langkah Kajang itu memang kita lihat bahawa objektif untuk meningkatkan prestasi kerajaan Selangor untuk jadi model supaya seluruh negara dapat lihat.

azizah“Jadi, kedudukan Menteri Besar tidak jadi faktor atau isu utama, yang penting kita dapatkan satu langkah untuk mempertingkatkan jalan ke Putrajaya itu lebih licin, Insya-Allah,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Selangor Kini di Bilik Gerakan Utama PKR, di Sungai Sekamat, di sini, semalam.

Selain itu, Langkah Kajang juga dijalankan bagi menyelamatkan kerajaan dan rakyat Selangor daripada terus menjadi mangsa serangan sentimen perkauman dan agama yang dimainkan Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno.

Dalam wawancara itu, Dr Wan Azizah turut menyampaikan mesej kepada pengundi di Kajang supaya mengambil peluang dalam PRK kali ini untuk menyampaikan mesej bahawa rakyat Kajang dan Malaysia tidak membenarkan institusi kehakiman dikongkong kuasa politik.

DSC_0274“Saya ingin mengajak, merayu kepada semua untuk mengundi PKR dan mengajak mereka mengambil peluang satu referendum apabila berlakunya mahkamah yang terang-terang diperlakukan untuk politik dan digunakan dalam erti kata eksekutif mengongkong dan mengawal kehakiman.

“Mari beri mesej bahawa kita tidak rela, tolak dan pembelaan mahkamah harus adil. Seadil-adilnya sebagai satu tanggungjawab,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.