Categories
SELANGOR

MB : Kerajaan negeri tidak tawar harga rendah kepada konsesi air

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 MAC : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyanggah dakwaan SPLASH bahawa kerajaan negeri menawarkan harga yang rendah berbanding nilai sebenar aset mereka.

Abdul Khalid berkata, memang SPLASH mempunyai nilai harta kira-kira RM2 bilion tetapi nilai hutang mereka juga mencecah angka yang sama.

Katanya, jika ditolak nilai aset Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dengan jumlah tanggungan maka syarikat konsesi itu hanya mencatatkan nilai aset bersih (NVA) kira-kira RM 200,000 sahaja.

“Mereka sepatutnya mengambil kira nilai tanggungan mereka dan bukan sekadar menyebut nilai aset bersih (NVA) sahaja.

a1“Kamu tidak boleh meminta semua jumlah aset kerana kamu masih ada hutang yang perlu dijelaskan kepada pihak bank,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Bangunan SUK, di sini, petang tadi.

Sebelum ini, kerajaan negeri menawarkan RM9.65 bilion kepada syarikat konsesi; SYABAS, SPLASH, Puncak Niaga dan ABBAS dalam usaha memgambil alih industri air di Selangor.

Bagaimanapun, tawaran yang berakhir petang semalam hanya menyaksikan ABBAS sebagai konsesi tunggal yang menerima tawaran sementara yang lain menolak.

Ekoran respon negatif itu, kerajaan pusat melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha) mengaktifkan penggunakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA 2006).

Dengan penggunaan akta berkenaan, tawaran yang dibuat sebelum ini dijangka berkurangan kepada RM7.5 bilion seterusnya memberi penjimatan sehingga RM2 bilion kepada kerajaan negeri.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.