Categories
NASIONAL

3 teras paksi utama Yahya Sahri tanding Naib Presiden PKR

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 12 APRIL: Pengarah Biro Hal Ehwal Pengguna Parti Keadilan Rakyat (PKR), Yahya Sahri menganggap sudah tiba masa untuk beliau bertanding merebut jawatan Naib Presiden selepas bergelumang dalam gerakan reformasi sejak sebelum parti itu ditubuhkan.

Antara rekod pencapaian bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor pertama itu termasuk membawa kejayaan Pakatan Rakyat (PR) negeri menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Kemenangan itu dicapai ketika beliau bertanggungjawab sebagai Pengarah Pilihan Raya Selangor.

yahya saari permatang 30 apr 02“Sejak mulanya kebangkitan Reformasi 98, kesetiaan saya dalam perjuangan parti Insya-Allah tidak pernah goyah.

“Dalam menawarkan diri selaku Naib Presiden, saya tawarkan slogan ‘Menyemarakkan Reformasi’ dengan tiga teras iaitu bersih, setia kawan dan setia juang,” katanya ketika ditemui Selangor Kini di perkarangan Ibu Pejabat PKR, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, tiga elemen itu wajib diterapkan dalam perjuangan, sekali gus memastikan kelangsungan perjuangan untuk rakyat dapat diteruskan.

“Tanpa tiga elemen ini, saya yakin perjuangan jadi tempang dan kalau berjaya sekalipun, ia adalah kemenangan atas dasar menindas sama seperti ‘kemenangan’ lebih 50 tahun Barisan Nasional (BN),” katanya.

pkrYahya turut mengambil contoh semangat setia kawan dan setia juang sahabat ketika berjuang di samping Nabi Muhammad S.A.W.

“Setia kawan yang jelas akan menjadikan daya juang anggota tetap, mantap dan harus dibangunkan demi pembangunan organisasi parti. Setia juang adalah semangat yang mesti disemai dan dibangunkan kerana ini adalah elemen sangat penting dalam menuntut keadilan.

“Kebangkitan Reformasi 98 perlu diterjemahkan untuk meningkatkan pengurusan dan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.