Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri perlu wujud tabung khas L’Ceria untuk naik taraf lif

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 APRIL: Kerajaan Negeri diminta mempertimbangkan cadangan mewujudkan satu tabung khas khusus bagi membaik pulih dan menaik taraf lif di kawasan pangsapuri.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata inisiatif itu bagi membolehkan lebih banyak kawasan pangsapuri mendapat manfaat daripada Skim Ceria.

Katanya, sebahagian besar daripada kelulusan Skim Ceria sebelum ini adalah bertujuan untuk membaik pulih atau menaik taraf lif sedia ada.

iskandar samad dun“Jika diwujudkan tabung baru untuk lif yang saya cadangkan dinamakan L’Ceria, lebih banyak kerja lain dapat dijalankan.

“Contohnya, seperti membaik pulih, menukar tangki air, megganti paip, menambah kemudahan awam atau mengecat bangunan dapat dilakukan,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha berhubung penggunaan dana Skim Ceria sehingga kini.

Iskandar berkata, sehingga kini, 104 kawasan pembangunan pangsapuri beroleh manfaat Skim Ceria sejak dilancarkan pada 2011.

pangsapuri teratai-iskandar samadSemua kawasan pangsapuri dilaksanakan secara tiga fasa iaitu fasa pertama membabitkan 20 kawasan, fasa kedua (56) dan fasa ketiga (28) dengan kos keseluruhan RM15.2 juta.

Bagi fasa keempat atau Ceria 2, Kerajaan Negeri pada bulan Januari lalu sudah meluluskan dana RM13 juta dan sehingga kini 56 kawasan diluluskan dengan kos RM13.5 juta.

“Memandangkan Skim Ceria ini adalah sebuah tabung, maka Kerajaan Negeri akan menambah dana di dalam tabung berkenaan apabila ia kehabisan. Had RM13 juta adalah maksima bagi tabung ini,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.