Categories
SELANGOR

60 pelajar ponteng sekolah ‘kantoi’ dalam Ops Kobra

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SELAYANG 14 APRIL: Seramai 60 pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Gombak berjaya ditahan dalam satu operasi bersepadu membenteras kegiatan ponteng sekolah, Ops Kobra Selasa lalu.

Pegawai Pendidikan Daerah Gombak, Sulaiman Bukhari Amir berkata, para pelajar yang ditahan itu kebanyakkannya berada di dalam siber cafe sekitar Gombak.

“Operasi ini bukan untuk menghukum mereka tetapi untuk mendidik anak-anak ini supaya hidari kegiatan ponteng sekolah.

“Kegiatan ini boleh bawa gejala tidak sihat seperti merokok, mengambil dadah dan bermacam gejala sosial lain.

“Kita hubungi ibu bapa pelajar dan sebelum itu mereka juga diberikan tazkirah sebelum dipulangkan kepada ibu bapa masing-masing,” kata Sulaiman kepada Selangor Kini di sini.

Selain itu pihak sekolah juga diarahkan mengadakan ceramah motivasi yang wajib dihadiri pelajar terlibat dengan disertai ibu bapa masing-masing.

Dalam operasi itu, Majlis Perbandaran Selayang (MPS)turut merampas 50 buah komuter dari sebuah premis siber cafe kerana beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah.

Selain Pejabat Pendidikan Daerah Gombak, operasi itu turut disertai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan Daerah Gombak, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MPS sebagai penyelaras operasi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.