Categories
NASIONAL

683 penyokong Ikhwan dihukum mati, hakim Mahkamah Mesir terus bersifat zalim

SHAH ALAM, 29 APRIL: Seorang peguam bela mendakwa mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas lebih 680 penyokong bekas Presiden Muhammad Morsi kerana melakukan keganasan dan membunuh anggota polis.

Keputusan berkenaan dibuat selepas perbicaraan besar-besaran terbaru di Mesir yang turut membabitkan pemimpin agama Ikhwanul Muslimin.

Peguam terbabit, Ahmed Hefni ketika ditemui wartawan di luar mahkamah, berkata hukuman mati berkenaan perlu mendapat kelulusan Mufti Mesir terlebih dahulu.

0Bagaimanapun langkah berkenaan sudah dianggap sebagai proses biasa dan sekadar formaliti semata-mata yang dijatuhkan dijatuhkan ekoran insiden kekacauan yang tercetus di Minya dan beberapa kawasan di Mesir.

Kekecohan berlaku selepas pihak berkuasa menggempur kedudukan atau penguasaan penyokong Ikhwanul Muslimin di beberapa lokasi di Kaherah yang turut mengakibatkan beratus orang cedera, pada Ogos lalu.

Pada masa sama, keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman mati kepada pemimpin utama Ikhwanul Muslimin dan 683 penyokongnya dijangka akan menggiatkan tindakan balas ke atas gerakan yang boleh mencetuskan bantahan dan keganasan politik menjelang pilihan raya negara itu, Mei ini.

Hukuman yang dijatuhkan itu akan menyemarakkan kemarahan ahli kumpulan yang sudah menjadi sasaran serbuan, tangkapan dan sekatan sejak tentera menggulingkan Mohamed Mursi daripada kuasa, pada Julai tahun lalu.

Morsi-Keputusan itu dibuat pada satu sesi mahkamah yang hanya mengambil masa kurang daripada tempoh lima minit.

Semalam, Hakim Sayedd Yousef juga mengesahkan hukuman itu dijatuhkan kepada kira-kira 40 defendan dalam perbicaraan beramai-ramai, manakala defendan lain dijatuhi hukuman penjara seumur hidup iaitu 25 tahun.

Sebelum ini, Sayedd Yousef enggan mendengar sebarang hujah daripada pasukan pembelaan dalam satu sesi perbicaraan berlangsung selama empat jam.

Sayedd mula mendapat perhatian dan kritikan antarabangsa termasuk bantahan kumpulan hak asasi manusia selepas beliau menjatuhkan hukuman mati ke atas 528 defendan pada 24 Mac lalu ekoran satu perbicaraan ringkas yang disifatkan tidak mengikut peraturan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.