Categories
SELANGOR

Aktiviti YB: DUN Bangi lancar Tabung Semarak Rahmat Untuk Semua

Oleh: LIZAWATI MADFA

KAJANG, 4 APRIL: Impian untuk melahirkan warga masyarakat yang penyayang dan mengambil berat antara satu sama lain mendorong Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bangi, Shafie Ngah, mewujudkan tabung khas Semarak Rahmat Untuk Semua.

Beliau berkata, inisiatif itu khusus bagi menyediakan bantuan kewangan segera kepada sebarang kejadian kecemasan yang bersifat ‘add-hoc’.

Katanya, masyarakat mempunyai saluran alternatif bagi pembiayaan kebajikan mereka apabila dilanda musibah dengan wujudnya tabung berkenaan.

shafie ngah“Antaranya, kita akan memberi bantuan sewajarnya jika terjadi suatu musibah seperti kemalangan, kematian atau sakit tenat.

“Begitu juga musibah lain yang disebabkan bencana alam seperti banjir dan kebakaran,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis pelancaran tabung berkenaan yang disempurnakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di Bukit Mewah, di sini.

Tabung ‘Semarak Rahmat Untuk Semua’ berjaya mengutip RM 23,000 pada hari pelancaran iaitu lebih 20 peratus daripada sasaran yang ditetapkan berjumlah RM100,000.

Sementara itu, Salahuddin dalam ucapannya berkata, inisiatif itu membuktikan komitmen konsisten wakil rakyat Kerajaan Negeri dalam meneruskan kecemerlangan Pakatan Rakyat (PR).

DSC_0731“Selangor ternyata destinasi perubahan yang begitu meyakinkan, selaras dengan perjuangan PR selama ini. Ini adalah contoh kumpulan masyarakat yang tidak pernah putus asa dan tidak takut untuk membuat perubahan ke arah kebaikan bersama,” katanya.

Turut hadir dalam majlis pelancaran itu adalah Exco Perumahan, Iskandar Abdul Samad; Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Meng dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.