Categories
NASIONAL

Hudud: Pemimpin PR jangan terperangkap serangan provokasi Umno

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 16 APRIL: Pakatan Rakyat (PR) akan mendengar penerangan Enakmen Jenayah Kelantan II yang menyentuh soal cadangan pelaksanaan hudud dan akan dibentangkan pemimpin Kerajaan Kelantan dalam Mesyuarat PR akan datang.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata PR menghormati enakmen yang dilulusskan pada tahun 1993 itu walaupun dibuat sebelum gabungan PR ditubuhkan.

Katanya, pendengaran dan penerangan secara adil perlu dibuat dan PAS perlu diberikan ruang berhubung isu berkenaan.

Anwar“Perkara ini perlu dilihat berasingan dalam konteks Kelantan dan PR. Kita hormati enakmen yang diluluskan sebelum PRditubuhkan.

“Ini inisiatif Umno untuk alih isu kelemahan mereka. Bagaimana ingin laksana hudud jika mereka (Umno) tetap adakan kasino,” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Tegasnya, sistem mahkamah syariah sedia ada perlu diperbetulkan tanpa ada campur tangan politik seperti yang dihadapinya dalam kes Fitnah II yang sehingga kini tidak berjaya didengar di mahkamah terbabit.

“Sebagai seorang muslim kita yakin dengan Al-Quran dan perintah Allah.Soal perlaksaaan undang-undang itu bagi saya hanya sah dalam konteks negara yang tunduk dengan hukum, adil dan pastikan ia dilaksana tanpa mengikut kehendak penguasa politik seperti yang terbukti sekarang,” katanya.

UMNO BN 55Anwar berkata, Umno-BN sengaja menggunakan isu berkenaan sebagai modal politik kerana mereka sendiri menolak perlaksanaannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dan membuktikan hanya berpura-pura.

Anwar turut mengingatkan pimpinan PR supaya tidak terperangkap dengan serangan provokasi Umno yang cuba memecah-belahkan mereka melalui pelbagai isu termasuk memggunakan sentimen agama.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.