Categories
NASIONAL

Hutang 1MDB bakal meningkat, aliran kewangan makin menekan

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 29 APRIL: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar lonjakan empat kali ganda hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB )yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada RM8.4 bilion pada tahun 2012 kepada RM42 bilion pada tahun 2013.

Katanya, walaupun jumlah aset untuk tahun 2013 bertambah kepada RM44.6 bilion, namun 1MDB perlu menanggung bayaran tahunan RM1.6 bilion disebabkan jumlah pinjaman RM36 bilion.

Tegasnya, 1MDB bakal berhadapan krisis kewangan di masa hadapan berdasarkan kepada laporan kekangan aliran kewangan yang dihadapi kini jika keadaan itu terus berlaku.

anwar3“Memetik laporan The Edge Weekly pada 28 April lalu bertajuk “Edge Weekly unearths questionable deals of 1MDB, urges fund to bring home RM18b”, lonjakan pendapatan bersih pada tahun 2013 RM0.78 bilion berbanding RM0.045 bilion pada tahun 2012 hanya disebabkan aset nilaian hartanah.

“Tanpa nilai tanah yang bernilai RM2.7 bilion, maka 1MDB akan mencatat kerugian RM1.8 bilion,” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

NEWSAhli Parlimen Permatang Pauh itu turut menjangkakan 1MDB bakal mengambil lebih banyak hutang pada masa hadapan untuk membiayai kos projek mega 1MDB iaitu Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia yang dianggarkan sekitar RM45 bilion kini.

“Negara perlu mengambil pendekatan perbelanjaan berhemah dan bukannya terus berhutang demi mengaut keuntungan jangka pendek yang bakal membebankan ganerasi akan datang,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.