Categories
NASIONAL

Datang bawa bukti & kita tak sorok apa-apa – JPP Pemilihan PKR

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 29 APRIL: Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) 2014 mengalu-alukan setiap laporan serta bukti daripada kumpulan atau individu berhubung sebarang bentuk penipuan yang berlaku dalam pemilihan kali ini.

Pengerusinya, Datuk Johari Abdul, berkata mereka yang ingin menyerahkan sebarang bantahan atau memorandum boleh berbuat demikian secara bertulis dan menyerahkannya terus kepada beliau atau ke pejabatnya.

“Saya mengalu-alukan sesiapa yang ada maklumat. Tidak semestinya organisasi tetapi individu yang mempunyai bukti dan maklumat berhubung penipuan.

johari-abdul“Datang mesti dengan bukti. Bawa laporan dan bantahan secara bertulis untuk diserahkan kepada saya atau Pengerusi Jawatankuasa Panel Penyiasatan, Malek Hussin.

“Insya Allah Malek dan pasukannya akan siasat dan kita tidak akan sorok apa-apa,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Difahamkan satu demonstrasi aman mendesak pembersihan dalam proses pemilihan akan dibuat atas inisiatif anggota parti yang sayangkan demokrasi dalam parti berkenaan di depan Ibu Pejabat PKR bermula jam 3 petang, pada 30 April ini.

Johari dalam sidang media semalam memberitahu JPP akan menyiasat dakwaan yang mengatakan berlaku penipuan ketika proses pemilihan di beberapa cabang Sarawak yang membabitkan calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Katanya, siasatan dakwaan itu sedang dijalankan dan hasilnya akan diumumkan secepat mungkin.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.