Categories
SELANGOR

Pembangunan Bukit Sentosa, Kerajaan Negeri galak penyertaan swasta

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 17 APRIL: Kerajaan Negeri mengalu-alukan penyertaan swasta bagi pembangunan besar-besaran di Bukit Sentosa, Hulu Selangor supaya menjadi tumpuan sebagai kawasan perdagangan yang aktif di Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata pembangunan semula wajar dilakukan bagi menampung keperluan masyarakat terutama penduduk di kawasan berkenaan dan sekitarnya.

“Apa yang kita kena fikirkan adalah satu pembangunan yang besar di situ. Kita tunggu supaya ada satu pembangunan besar.

YB Iskandar 1“Isu sebenar Bukit Sentosa dibangunkan dengan harapan ada satu pembangunan besar yang mana ketika itu perancangan untuk pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi ditarik ke Sepang. Maka, masalah itu timbul di sana,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, baru-baru ini.

Sebelum ini, Iskandar berkata, Kerajaan Negeri berusaha menarik penyertaan beberapa pihak untuk terbabit di situ termasuk kewujudan pasaraya besar serta pembangunan tanah yang dimiliki di kawasan sekitar.

Katanya, Kerajaan Negeri pernah beberapa kali mengadakan perjumpaan dan dialog dengan pihak berkenaan serta pemilik premis di kawasan itu bagi sesi penerangan dan mencari jalan penyelesaiaan.

Sebelum ini, Bukit Sentosa dianggap sebagai Petaling Jaya kedua apabila kawasan itu dibangunkan, namun masalah yang timbul menyebabkan pembangunan itu terbantut.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.