Categories
NASIONAL

KLIA 2, PM patut bertindak sebelum kos meningkat kepada RM5 bilion

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 1 APR : Kerajaan Pusat digesa untuk segera bertindak sebelum kos pembinaan KLIA2 terus meningkat kepada RM 5 bilion.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, sudah tiba masanya Datuk Seri Najib Razak memberi mesej kepada semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk tidak berkompromi dengan sebarang ketidakcekapan pengurusan.

tony klia2Dengan kos pembinaan yang kini melebihi RM 4 bilion, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd ( MAHB), Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid digesa agar dipecat kerana ketidakcekapan ke atas pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Kedua (KLIA2).

Katanya, dengan segala kepincangan yang ada dengan kos yang melebihi dua kali ganda daripada kos asal, Najib tidak mempunyai sebarang alasan lagi untuk terus berdiam diri.

“Sejak tiga tahun lalu, menteri pengangkutan dan pengurusan atasan MAHB berbohong kepada semua pembayar cukai di Malaysia.

“MAHB dengan jelas menunjukkan ketidakcekapan selain cuba untuk menyembunyikan salah urus di sebalik pembohongan dan penipuan,” tegasnya dalam satu kenyataan.

KLIA 2 grafikPada bulan Julai 2007, Menteri Pengangkutan pada waktu itu, Datuk Seri Ong Tee Keat mengumumkan bajet awal untuk membina KLIA2 ialah RM1.7 bilion, namun meningkat kepada RM 2.5 bilion pada Oktober 2010.

Pada November 2011 kos untuk KLIA2 terus melambung kepada RM 3.9 bilion dan terbaru, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi mendedahkan kos KLIA2 akan melebihi RM 4 bilion.

“Malah Najib perlu bertindak terhadap (pemangku) Menteri Pengangkutan kerana gagal memeriksa kedegilan MAHB sehingga rakyat terpaksa menanggung kos yang begitu tinggi,” katanya lagi.

Sebelum ini, kontrak Bashir sebagai Pengarah Urusan MAHB pernah dilanjutkan sebanyak dua kali walaupun kos KLIA2 terus meningkat selain tarikh pembukaannya terus ditunda.

Tarikh pembukaan KLIA2 ditundakan sekurang-kurangnya lima kali dari bulan September 2011 hingga tarikh akhir pada 2 Mei 2014.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.