Categories
SELANGOR

Laporan Ketua Audit Negara puji tadbir urus korporat anak syarikat MBI

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 8 APRIL : Laporan Ketua Audit Negara 2013 mengiktiraf tadbir urus korporat syarikat milik penuh Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), MSNS Holdings Sdn. Bhd. (MSNSH) yang berjaya dilaksanakan secara baik.

Seperti dilaporkan, Semakan Audit mendapati pengerusi MSNSH yang dilantik tidak mempunyai kuasa eksekutif dan tidak campur tangan dalam operasi harian.

LKANPelantikan ahli Lembaga Pengarah MSNSH juga mendapat kelulusan Lembaga Pengarah Syarikat Induk dan ahli yang dilantik mempunyai kelayakan dan pengalaman yang bersesuaian.

Malah, kesemua ahli merupakan pengarah bukan eksekutif yang bebas serta mengadakan mesyuarat mengikut kekerapan yang ditetapkan bagi 2010 hingga 2012.

Strategi dan rancangan korporat MSNSH juga disediakan bagi 2012 hingga 2014 dan diluluskan di peringkat Lembaga Pengarah MSNSH.

Sementara itu, Standard Operating Procedures (SOP) bagi urusan kewangan, operasi dan pengurusan sumber manusia MSNSH disediakan dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah syarikat.

Selain urus tadbir yang baik, Semakan Audit juga mendapati MSNSH melaksanakan Corporate Integrity Pact dalam urusan perolehan dengan pembida yang berjaya seperti yang ditetapkan dalam amalan terbaik Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 10 Tahun 2010.

Pihak MSNSH juga berjaya menandatangani Corporate Integrity Pledge pada 13 Disember tahun lepas.

MSNSH ditubuhkan pada 9 Oktober 1991 di bawah Akta Syarikat 1965 yang pada ketika itu merupakan syarikat subsidiari kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor.

Pada 13 Ogos 2008, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) meluluskan penstrukturan semula MSN Selangor apabila ia diberi peranan untuk membangun dan memajukan Sukan Prestasi Tinggi antaranya bola sepak, badminton, trek dan padang serta akuatik, manakala MSNSH pula akan menjalankan aktiviti dalam bidang perniagaan dan diambil alih MBI.

Lembaga Pengarah MSNSH terdiri daripada tiga orang ahli yang dipengerusikan oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri serta dua orang ahli terdiri daripada Pegawai Kewangan Negeri Selangor dan Timbalan Setiausaha Kerajaan.

Sementara pengurusan MSNSH diketuai seorang Pengurus Besar dan dibantu 13 kakitangan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.