Categories
NASIONAL

Lebih mudah usul hudud dibawa Ahli Parlimen Umno

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 29 APRIL: Usul perlaksanaan hudud di Kelantan pasti melalui jalan lebih mudah jika dibawa wakil kerajaan daripada Umno di Parlimen.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata jika Umno serius menyokong hudud di Kelantan, mereka boleh membawa usul itu tanpa perlu menunggu dibawa PAS.

Katanya, peluang hudud lebih cerah jika dibawa wakil Kerajaan Pusat berbanding wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat (PR) selaku pembangkang di Parlimen.

khalid samad“Sebelum ini anggota parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh) dan Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) membayangkan mahu menyokong usul hudud.

“Tetap, mengapa mereka hanya mahu menyokong dari belakang dan tidak membawa sendiri usul tersebut kalau benar-benar serius,” katanya.

Sebelum ni, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan wakil PAS akan membawa satu usul rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat bagi membolehkan undang-undang yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan itu dilaksanakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam responnya berkata, akan mengkaji dahulu cadangan PAS itu sementara Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam laman sosial ‘Tweeter’ miliknya pula menegaskan perkara penting adalah pelaksanaan hudud, bukannya penerimaan.

TEMPLATEKARTUNRAKYATSELANGORKU-hududMemetik Harakah Daily, Khalid Samad yang juga AJK PAS Pusat berkata, sokongan pimpinan Umno tidak boleh diharapkan berdasarkan pengalaman di Terengganu yang menyaksikan usul hudud yang dibawa ADUN Bukit Payong daripada PAS, Mohd Nor Hamzah ditolak Speaker, pada 15 April lalu.

“Itu sudah cukup untuk menggambarkan Umno sebenarnya tidak serius terhadap perundangan syariah,” tegasnya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.