Categories
SELANGOR

LZS sedia pelbagai kaedah bantu golongan asnaf

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 14 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan pelbagai kaedah dalam usaha membantu lebih 30,000 golongan asnaf fakir dan miskin di negeri terbabit untuk membina kehidupan lebih baik.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof, berkata antara kaedah itu adalah dengan memberi pelajaran untuk meningkatkan ilmu di kalangan keluarga asnaf sebelum boleh berdikari meningkatkan pendapatan sendiri.

Katanya, keluarga asnaf yang berminat akan diberi peluang untuk belajar sehingga peringkat sijil, diploma atau ijazah selain dibekalkan dengan kemahiran.

05“Itu salah satu kaedah pembelajaran yang kita tawarkan untuk mereka. Ada juga di kalangan mereka (asnaf) yang mahu dapatkan bantuan zakat bagi mendapatkan pekerjaan.

“Daripada segi bantuan pekerjaan, kita berikan melalui bantuan perniagaan antaranya peralatan perniagaan, pengembangan dan membaiki tempat mereka berniaga,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, baru-baru ini.

Izam berkata, LZS akan sentiasa memantau perkembangan golongan asnaf berkenaan dari masa ke masa dan mensasarkan pendapatan mereka boleh bertambah sekurang-kurangnya RM100 hingga RM200 sebulan.

ROSNANI BT SABRIKatanya, LZS akan terus memberi bimbingan supaya mereka dapat bebas daripada kepompong kemiskinan seterusnya mampu membayar zakat bagi golongan asnaf yang sudah berjaya menambah pendapatan.

“Kita tengok bagaimana mereka boleh tambah pendapatan dan kalau sudah maju, bagaimana pula mereka boleh keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Apabila mereka sudah keluar daripada kemiskinan, kita akan pasti mereka boleh membayar zakat. Kita akan pantau setiap peringkat ini dari masa ke masa,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.