Categories
SELANGOR

MB: Penjadualan air dilaksanakan demi kepentingan umum

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 15 APR : Tindakan penjadualan air diambil bukan untuk menyusahkan orang ramai, sebaliknya diputuskan secara kolektif oleh jawatankuasa khas demi kepentingan umum.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata jawatankuasa khas itu diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri bersama pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

empangan-selangor-sept-3Katanya, keputusan untuk melaksanakan program penjadualan air itu juga dibuat berdasarkan bacaan air semasa di empangan di Selangor.

“Kita bersedia untuk menerangkan perkara ini dan saya rasa tujuan (penjadualan) bukan hendak menyusahkan orang tetapi membantu supaya penjimatan air berterusan.

“Tindakan ini juga diambil demi kepentingan semua rakyat Selangor,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Negeri tengah hari tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan penduduk yang mahu menyaman Kerajaan Negeri berhubung masalah kekurangan bekalan air akibat program catuan yag mula dilaksanakan awal Mac lepas.

Mengulas perkembangan terbaru, Abdul Khalid (Pelabuhan Klang PKR) berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut pada minggu hadapan berkenaan program penjadualan air yang kini memasuki fasa keempat.

“Air sekarang naik satu peratus (Empangan Sungai Selangor) namun masih belum mencukupi tetapi kita ada cadangan untuk selesaikan perkara ini.

“Jika kita terpaksa sambung penjadualan, kita perlu jelaskan sebab keputusan itu dibuat,” katanya lagi.

Semalam, beliau berkata di hadapan sidang Dewan Negeri kadar paras air di Empangan Sungai Selangor meningkat mencecah 40 peratus namun perlu menunggu sehingga sekurang-kurangnya 50 peratus bagi menamatkan program catuan.

Empangan berkenaan yang teletak di Kuala Kubu Baru membekalkan 60 peratus bekalan air mentah ke seluruh Lembah Klang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.