Categories
NASIONAL

MH370: Media pro-kerajaan tolak teori PM

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 14 APRIL: Misi pencarian pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang memasuki hari ke-38 terus menimbulkan tanda tanya apabila pelbagai spekulasi muncul dalam operasi itu hingga mengelirukan orang ramai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan pesawat berkenaan mengakhiri penerbangannya di selatan Lautan Hindi serta jauh daripada landasan, namun media arus perdana didakwa seperti menafikan kenyataan itu.

Penulis buku politik, Shahbudin Husin, berkata beberapa media pro-kerajaan dilihat seakan meragui pesawat malang terbabit ‘terhempas’, sebaliknya mempercayai MH370 mungkin dirampas dengan pembabitan Agensi Perisikan Pusat (CIA).

812shahbudin_new-buku_penulisBeliau berkata, terdapat media yang cuba membuat spekulasi bahawa pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid sempat menghubungi seseorang yang tidak dapat dikesan ketika pesawat itu terbang rendah sekitar Pulau Pinang.

“Semua teori dan spekulasi ini datangnya daripada media arus perdana dan dimiliki kerajaan yang secara terang-terangan cuba menolak kesimpulan yang dibuat Perdana Menteri sebelum ini.

“Walaupun pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien menolak dua teori itu dan bekas Duta Amerika Syarikat, John Mallott menganggap teori konspirasi CIA sebagai rekaan juga perkauman. Namun, hakikatnya selepas lebih sebulan kehilangan pesawat itu media arus perdana sendiri tidak percaya dengan kerajaan.

“Jika sebelum ini, Hishammuddin memberi amaran kepada media tidak membuat sebarang spekulasi atau berdepan tindakan undang-undang, kini media naungan kerajaan sendiri berbuat demikian, bahkan keghairahan mereka ke arah itu melebihi media baru,” tulisnya di blog.

mediaShahbudin berkata, perlakuan media arus perdana kini bukan sahaja memalukan kerajaan tetapi turut mencabar kewibawaan Najib yang sebelum ini yakin bahawa pesawat itu mungkin terhempas.

Dalam tulisannya juga, beliau turut mempertikaikan tumpuan kerajaan Malaysia untuk mencari kotak hitam pesawat seperti menunjukkan pencarian badan kapal terbang yang jauh lebih besar kini tidak lagi menjadi keutamaan.

Katanya, walaupun semua pihak mahu kebenaran di sebalik insiden yang berlaku, namun kepentingan waris mangsa tidak seharusnya dilupakan.

“Waris mangsa hanya mahu pengesahan jika ada kematian, mesti sekurang-kurangnya cebisan mayat ditemui atau jika benar terhempas, ada serpihan pesawatnya.

“Oleh itu, sementara kotak hitam dicari, tumpuan kepada pesawat dan nasib penumpangnya juga harus seimbang,” katanya yang juga bekas Naib Ketua Pemuda Umno bahagian Wangsa Maju.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.