Categories
SELANGOR

MPK roboh tapak bazar haram sekitar Lorong Kepayang

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 APR: Majlis Perbandaran Klang (MPK) bertindak merobohkan tapak bazar di Lorong Batu Tiga off Persiaran Sultan Ibrahim di persekitaran Lorong Kepayang, di sini, kerana beroperasi secara haram sejak beberapa tahun lalu.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz, berkata operasi terbabit diselaraskan Jabatan Bangunan MPK dan turut disertai beberapa jabatan lain.

“Turut terbabit adalah Jabatan Penguatkuasa, Jabatan Perkhidmatan Persekitaran (JPP) dan Jabatan Kejuruteraan bagi kerja pembersihan lokasi yang terletak berhampiran dengan stesen bas itu.

jalan kepayang 3“Tindakan meroboh premis perniagaan membabitkan bazar yang menjual pakaian itu turut mendapat kerjasama baik daripada peniaga berkenaan,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Norfiza berkata, peniaga di bazar berkenaan bertindak mengeluarkan sendiri barangan mereka dan akur dengan arahan majlis selain turut membantu kerja pembersihan di situ.

Katanya, MPK memberi perhatian serius terhadap premis haram yang melanggar Seksyen 97 Akta Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan memantau serta mengenal pasti beberapa lagi lokasi yang bakal berhadapan tindakan sama.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.