Categories
SELANGOR

Pejabat ADUN Paya Jaras terima reaksi positif program terbaru TAWAS

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 APR: Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras terus dihujani pelbagai reaksi positif selepas Kerajaan Negeri melancarkan program Manfaat Khairat Kematian YAWAS di bawah skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), pada 1 Mac lalu.

ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, berkat pejabat beliau dihujani dengan pelbagai pertanyaan sama ada dengan datang sendiri atau melalui panggilan telefon.

“Saya jangkakan pendaftaran TAWAS semakin rancak dan kami juga akan terus berusaha mempromosi skim yang ditawarkan Kerajaan Negeri kerana selaras dengan dasar merakyatkan ekonomi Selangor untuk rakyat.

khairuddin othman“Kita tidak tunggu pilihan raya baru ingin tawarkan sesuatu program. Perkhidmatan kita terus berjalan setiap masa tidak kira ada pilihan raya atau tidak kerana rakyat berhak menikmatinya.

“Program seperti ini, kita tidak jumpa di negeri bawah Barisan Nasional (BN) atau yang ditawarkan Kerajaan Pusat sendiri,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Tuntutan itu boleh dibuat di pejabat YAWAS dengan membawa sijil kematian, kad SiManja dan penyata simpanan TAWAS jika ada.

Pada 1 Mac lalu, satu program baru diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi membolehkan waris peserta TAWAS yang meninggal dunia sebelum mencapai umur 18 tahun menerima sumbangan khairat kematian berjumlah RM1,500.

YAWASSetiap peserta TAWAS akan diberikan hadiah bernilai RM100 sebaik mendaftar sebagai ahli dan mereka bakal menerima pulangan sebanyak RM1,500 apabila mencapai umur 18 tahun kelak.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri turut mewujudkan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang membolehkan waris ahli skim itu menerima sumbangan khairat kematian bernilai RM2,500, sekali gus mampu membantu meringankan kos pengurusan jenazah yang semakin meningkat.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.