Categories
SELANGOR

Ops Dawn Raid bukti MB pemimpin berpengalaman luas

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 21 APRIL : Kecekapan dan ketelusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam menguruskan pentadbiran negeri sejak 2008 mendapat pujian Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim.

Beliau berkata ahli Exco menaruh sepenuh kepercayaan terhadap kepimpinan Abdul Khalid dalam urusan pentadbiran, malah menganggap negeri Selangor bertuah kerana memiliki seorang pemimpin berpengalaman luas.

MBKatanya meskipun Menteri Besar pada asalnya bukanlah lahir daripada sektor kerajaan, namun pengalaman beliau dalam pentadbiran korporat amat bererti untuk negeri.

“Apabila beliau dipindahkan untuk pentadbiran kerajaan, prinsip pengurusan dalam bidang korporat itu falsafahnya adalah sama dengan sekarang.

“Pengalaman atau hayat kerjaya beliau mungkin lebih panjang daripada hayat biologikal Ahli Dewan Negeri yang ada hari ini,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), Jumaat lalu.

raid dawnTeng berkata kegigihan Abdul Khalid itu seharusnya diberi penghormatan dan diiktiraf kerana kepakaran dan kebolehan yang dimiliki beliau yang sudah pun dibuktikan pada ‘serangan subuh’ (Dawn Raid) yang diketuainya pada 1981.

“Kalau mengikut carian google, bila ditaip Dawn Raid itu sudah mesti berkait dengan Menteri Besar yang menunjukkan kerajaan (diketuai Abdul Khalid) melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjaya membeli saham Guthrie.

“Proses itu memerlukan strategi dan menjadi rekod sejarah penting yang diingati sehingga hari ini,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.