Categories
NASIONAL

Pembentukan pasukan dalam parti politik bukan masalah besar

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 APRIL: Penganalisis politik, Prof Mohammad Agus Yusoff menyifatkan pembentukan pasukan dalam pemilihan parti politik bukan masalah besar kerana paling penting proses pemilihan berlangsung secara adil dan telus.

Katanya, perkara terbabit adalah hak calon bertanding melainkan peraturan parti sendiri menghalang pembentukan sesebuah psukan.

Beliau yang juga Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, pandangan segelintir pihak yang beranggapan pembentukan pasukan boleh memecah belahkan parti menunjukkan sikap tidak demokratik.

Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff“Pada saya, tidak akan berpecahnya parti kalau setakat membentuk pasukan sendiri. Yang penting, pemilihan diadakan secara adil dan saksama, bahkan selepas itu sesiapa yang kalah perlu terima pilihan majoriti,” katanya melalui laman sosial Facebook yang merujuk kepada Pemilihan PKR 2014.

Beliau berkata, pemimpin politik di negara ini perlu belajar daripada kenyataan 12 pemimpin parti di Indonesia yang menyatakan kesediaan masing-masing menerima pilihan majoriti rakyat dalam pilihan raya mereka kerana lebih penting rakyat menang dan kekal bersaudara.

“Kenapa pemimpin Indonesia keluarkan kenyataan ini? Kerana mereka tahu proses pemilihan mereka dilakukan dengan adil walaupun ada salah dan kurang di sana sini.

“Di sini pula, kenapa begitu sekali kita mahu menyekat pemilihan yang sihat? Jika mahu sekatan itu dan ini, baik tidak bertanding? Aduhai,” katanya.

Kongres PKR 05Mengulas lanjut berkenaan penggunaan laman sosial sebagai medium berkempen beliau menjelaskan, ia bukan satu masalah besar jika tidak digunakan untuk memfitnah atau memburukkan peribadi calon lain.

Katanya, apa yang penting medium terbabit boleh digunakan untuk diri, visi dan misi masing-masing bagi meraih undi ahli parti.

Pemilihan PKR akan bermula pada 26 April ini membabitkan 496,923 ahlinya yang akan memilih barisan pemimpin.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.