Categories
SELANGOR

Penduduk Damansara Damai bantah projek 33 tingkat, mahu akses ke-2 dibina

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 13 APRIL: Penduduk Damansara Damai mahu akses kedua dibina terlebih dahulu sebelum kebenaran merancang projek pangsapuri 33 tingkat dimulakan.

Timbalan Nazir Masjid Damansara Damai, Abd Nasir Hassan berkata, hal itu berikutan projek pangsapuri 605 unit itu dijangka memburukkan lagi kesesakkan lalu lintas keluar dan masuk kawasan terbabit.

“Pada masa kini, untuk keluar bekerja waktu pagi terpaksa mengambil masa lebih satu jam, apatah lagi kalau projek lebih 600 unit ini siap lagi akan memburukkan kesesakan sedia ada. Kini, dianggarkan populasi penduduk adalah 80,000 hingga 100,000 cukup padat.

Listing-26-Apr-0261“Kami tidak halang pembangunan tetapi pihak berwajib, pemaju bila ingin laksana sesuatu pembangunan kena lihat dahulu supaya tidak membebankan masyarakat Damansara Damai ini,” katanya.

Katanya, kepadatan penduduk di Damansara Damai yang mengandungi 14 pangsapuri itu turut meningkatkan pelbagai gejala sosial.

“Penduduk padat tetapi sekolah agama dan dewan komuniti belum ada. Kalau bina sekolah agama atau dewan komuniti penduduk tidak bantah sebab babitkan kepentingan kami, tetapi ini projek yang menyebabkan kepadatan bertambah dan kesesakkan lalu lintas,” katanya.

Pengerusi Persatuan Penduduk Apartment Saujana, Faizul Najib Abd Munaim pula berkata, memorandum bantahan sudah diserahkan kepada Datuk Bandar Petaling Jaya, pada 11 Mac lalu.

“Kami sudah serahkan memo bantahan kepada pembantu peribadi Datuk Bandar. Kami tidak akan berhenti di sini sahaja tetapi akan terus berjuang jika bantahan tidak didengar dan diambil perhatian, bahkan akan bergerak lagi dengan lebih besar,” katanya.

20140413_121130Sementara itu, kira-kira150 penduduk Damansara Damai mengadakan bantahan aman di hadapan persimpangan lampu isyarat Apartment Saujana dan Apartment Idaman sejak jam 10.00 pagi tadi.

Mereka yang memakai baju merah itu melaung pelbagai slogan bantahan dan berarak menuju ke tapak projek terbabit bagi menantikan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.